SDI 1123: Perbandingan Antara Air Zamzam & Kauthar

Soalan:
Ustaz dalam syurga ada satu sungai bernama kautar. Di dunia ada air zamzam. Saya ingin tahu kenapa dinamakan sebegitu? Benarkan air zamzam adalah air yg paling mulia sekali? Bukan air kautar, betul kah? Mohon pandangan dan bimbingan ustaz.

Jawapan:

Di dlm qamus utama bahasa Arab, Lisan al'Arab tulisan Ibn Manzur menyebut:

"alKauthar الكوثر ialah yg banyak dr setiap sesuatu."

Org Arab, jika menyebut: رجل كوثر ia bermaksud seorg yg banyak memberi dan banyak kebaikan."

Kata beliau juga: "alKauthar ialah satu sungai di dlm syurga, semua anak-anak sungai di dlm syurga datang drnya. Sungai alKauthar itu pula adalah milik Nabi SAW."

Qamus2 Arab, kitab2 lughah bahasa Arab dan tafsir menyatakan sungai alKauthar dinamakan sedemikian kerana banyaknya air dan kebaikannyanya. Krn itu Ibn Manzur juga menyatakan alKauthar dan alKathir (yg banyak) adalah perkara yg sama.

Adapun air Zamzam, terdapat banyak pandangan ulama berkaitan sebab penamaannya. Setiap mereka pula mendatangkan alasan tersendiri bersesuai dgn sebab2 yg mereka nyatakan. Hal ini berlaku disebabkan ketiadaan pernyataan jelas dari Allah dan Rasuk dlm perkara ini. Oleh itu anda yg bertanya perlulah sedar bahawa semua yg akan dinyatakan berkaitan hal ini di bawah, bukan suatu yg pasti dan ia juga bukan termasuk dlm perkara utama syariat Islam.

alSyeikh Sulaiman alJamal di dlm Hasyiahnya yg terkenal dgn nama Hasyiah alJamal, iaitulah hanyiah kepada kitab Minhaj alTullab oleh Syeikh alIslam Zakaria alAnsori dr mazhab alSyafie menyebut

وأصلها من ضرب جبريل الأرض بجناحه حين عطشت هاجر وولدها إسماعيل، لما وضعها إبراهيم عليه الصلاة والسلام هناك بأمر الله تعالى، ولكا فاض منها الماء على وجه الأرض قالت له هاجر: زم زم، أي اجتمع يا مبارك، فاجتمع فسميت زمزم، ويقال لها زمازم، وقيل: لأن الماء حين خرجت منها ساح يمينا وشمالا فزم أي منع بجمع التراب حوله، وروي: لو لا أمكم هاجر حوطت عليها لملأت أودية مكة، وقيل: لأنه سمع منها حينئذ صوتا يشبه صوت الفرس عند شربها المسمى بذلك، ولها أسماء كثيرة: زمزم، وهزمة جبريل، وسقيا الله إسماعيل وبركة و سيدة نافعة ومصونة وعونة وبشرى وصاحبة وبرة وعصمة وسالمة وميمونة ومعذبة وكافية وطاهرة وحرمية ومرورية ومؤنسة وطيبة وشباعة العيال وطعام طعم وشفاء سقم

Maksudnya: "Asalnya (air zamzam) dr sebab hentakan Jibril ke atas bumi dengan sayapnya ketika laparnya Hajar dan anaknya Ismail, setelah ditinggalkan oleh Ibrahim ASWS di sana kerana perintah dr Allah Taala. Ketikamana terpancar keluar airnya ke atas muka bumi, berkatalah Hajar: "Zamm Zamm!" yg bermaksud berhimpunlah wahai air yg diberkati, lalu air itu berhimpun dan berkumpul, kerana itu dinamakan air Zamzam. Dikatakan juga air itu dinamakan Zumazim (yg banyak), ada juga dikatakan, air itu ketika ia terpancar ia mengalir ke kanan dan ke kiri lalu ia dikepung dan dihalang dgn dihimpunkan tanah sekelilingnya. Diriwayatkan juga (baginda bersabda): "klulah bukan kerana ibu mu (Hajar) melingkungkan (buat takungan) utk air tersebut, sudah pasti air itu akan memenuhi lembah-lemnah di Mekah." Dikatakan juga ketika air itu diminum, terdengar seperti suara kuda, lalu dinamakan seperti itu. Ia juga nemiliki nama yg banyak antaranya Zamzam, Hazmah Jibril, Suqya Allah Ismail, Barakah, Sayyidah Nafiaah, Masunah, 'Aunah, Busyra, Sahibah, Barrah, 'Ismah, Salimah, Majmunah, 'Ma'zabah, Kafiah, Tahirah, Hirmiyyah, Mururiyyah, Muknisah, Tayyibah, Syiba'ah al'Iyal, Ta'aam Ta'min, Syifaa Saqm."

Berkaitan air zamzam lebih mulia dari air kauthar, sememangnya ada sbhgian ulama yg berpandangan sedemikian. Antara mereka itu ialah alTaj alSubki yg telah membuat Nazam menyebut:

وأفضل المياه ماء قد نبع * * من بين أصابع النبي المتبع يليه ماء زمزم، فالكوثر * * فنيل مصر، ثم باقي الانهر

Maksudnya: "Air yg paling afdhal ialah air yg telah terpancar keluar, dr jari-jemari seorg Nabi yg diikuti sekelian basyar. Berikutnya air Zamzam, kemudian alKauthar, setelah itu air sungai Nil di Mesir kemudian air baki sekelian anhar (sungai2)." (I'anah alTalibin 2/358)

Namun membandingkan air Zamzam di dunia dengan air sungai alKauthar di dlm syurga suatu yg patut diabaikan kerana tidak memiliki asas. Sedangkan Nabi SAW telah bersabda berdasarkan hadis yg diriwayatkan drpd Sahl bin Sa'ad:

وموضع سوط أحدكم في الجنة خير من الدنيا وما فيها

Maksudnya: "dan satu tempat (kedudukan) cemeti yg digunakan seseorg drpd kamu (utk berjihad di jalan Allah) di dalam syurga nanti lebih baik berbanding dunia dan segala isinya." (alBukhari)

Baginda Nabi SAW juga bersabda menggambar kelebihan nikmat di dlm syurga:

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر ذُخْرًا بَلْهَ مَا أُطْلِعْتُمْ عَلَيْهِ

Maksudnya: "(Allah berfirman:) telah Aku sediakan utk para hambaku yg soleh, kurniaan dan nikmat yg belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengari oleh telinga dan belum pernah terlintas di jantung hati sebagai persediaan (kehadiran mereka) selain apa2 yg telah Allah nampakkan kpd mu (dari nikmat2 dunia)." Kemudian baginda membaca firman Allah:

فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٞ مَّآ أُخۡفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٖ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Maksudnya: "Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan. (as-Sajdah: 17)


Cetak  
Wallahu a'lam