SDI 0007: Pencerahan Tentang Lelaki Memakai Pakaian Warna Merah
- Soalan:
Assalamualaikum Ustaz
saya ingin dapat pencerahan tentang larangan lelaki memakai pakaian warna za'faran (kuning kemerahan/oren)..pernah mendengar ceramah dalam TV dan juga ceramah Dr Maza dlm youtube....terima kasihJawapan:
Harus memakai pakaian bewarna merah kerana Nabi SAW pernah memakai Hullah alHamra' (حلة الحمراء) iaitulah kain dan selendang seperti pakaian ihram bewarna merah.
Manakala yang terdapat larangan adalah memakai pakaian Mu'asfar معصر, ia merujuk kepada 'Usfur عصفر iaitulah tumbuhan yang mengeluarkan warna merah. Pakaian yg dimerahkan dengan tumbuhan usfur inilah yang dilarang oleh Nabi SAW, demikian juga yang bewarna kuning kerana diwarnakan dengan za'faran.
- Wallahu a'lam