Wednesday, February 27, 2008
soalan:
Melabuhkan pakaian melebihi buku lali dinamakan sebagai Isbal (الإسبال)। Para ulama berbeza pendapat tentang hukum Isbal ini। Sebahagian ulama mengharamkan Isbal jika disertai dengan rasa takabbur। Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya:
Maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah saw melihat seorang lelaki sedang solat dalam keadaan kainnya diisbalkan, lalu baginda saw menyuruh orang itu berpaling dan pergi berwudhu, sambil bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seorang lelaku yang melakukan Isbal."
Hadith ini disahihkan oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu'. Akan tetapi al-Syeikh Salman al'Audah berkata sanad hadith ini lemah, padanya ada Abu Ja'far dan dia seorang yang majhul. Di samping itu matan hadith ini juga mungkar dan menyalahi kaedah-kaedah syara'.
salam...betulke haram pki seluar melebihi buku lali??? saya terdengar ni dr hadis abu daud,katanya lagi akan ditempatkan dineraka...betulke??sahih ke hadis ni?? setau saya dilarang masa dalam solat jekan???? lagi satu solat berjemaah fardhu ain ke fardhu kifayah???
Jawapan:
Melabuhkan pakaian melebihi buku lali dinamakan sebagai Isbal (الإسبال)। Para ulama berbeza pendapat tentang hukum Isbal ini। Sebahagian ulama mengharamkan Isbal jika disertai dengan rasa takabbur। Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya:
مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ
Maksudnya: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana takabbur, Allah tidak melihatnya pada hari kiamat (nanti)। lalu Abu Bakr berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu dari dua belahan kainku melabuh melainkan jika aku menjaganya dari melabuh. Sabda Nabi saw "Kamu bukan termasuk orang yang melakukannya (isbal) kerana takabbur."
Hadith ini menjadi dalil atas pengharaman isbal bagi yang melakukannya kerana takabbur dan ia termasuk di dalam dosa besar. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud (jika hadith ini yang anda maksudkan) daripada Abu Hurairah:

أن الرسول رأى رجلاً يصلي مسبلاً إزاره فأمره أن ينصرف ويتوضأ ، وقال إن الله لا يقبل صلاة رجل مسبل
Maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah saw melihat seorang lelaki sedang solat dalam keadaan kainnya diisbalkan, lalu baginda saw menyuruh orang itu berpaling dan pergi berwudhu, sambil bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seorang lelaku yang melakukan Isbal."
Hadith ini disahihkan oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu'. Akan tetapi al-Syeikh Salman al'Audah berkata sanad hadith ini lemah, padanya ada Abu Ja'far dan dia seorang yang majhul. Di samping itu matan hadith ini juga mungkar dan menyalahi kaedah-kaedah syara'.
al-Qaradhawi HFZ ada membunyai satu penjelasan yang menarik dalam permasalahan Isbal, di mana beliau menyatakan tegahan Isbal dari nabi adalah bersesuaian dengan suasana masyarakat dahulu yang sukar mendapatkan kain. Justeru orang-orang kaya yang angkuh dan takabbur akan berusaha melabuhkan pakaian mereka bagi berbeza dengan orang miskin yang tidak mampu melabuhkan pakaian. Lalu nabi SAW mencela perbuatan tersebut. Pemahaman ini disokong dan dikuatkan dengan riwayat tentang Abu Bakar di atas.