Kemudian bab yang berikutnya, penulis kitab ini (صحيح فقه السنة) berkata: لا بأس بخاتم الفضة "tidak mengapa dengan cincin perak".
Jadi cincin Rasulullah yang ustaz cerita panjang tadi adalah cincin perak. Tidak mengapa cincin yang diperbuat daripada perak.
Kata dia: يشرع لبس خاتم الفضة للرجال disyariatkan – yakni dibenarkan – memakai cincin perak untuk orang lelaki. Perkara ini berdasarkan antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, kata beliau: "اتخذ النبي صلى الله عليه وسلم خاتما nabi SAW buat cincin من فضة dari perak نقشه diukir di atas cincin tersebut محمد رسول الله Muhammad Rasullullah."
Kita akan tengak sahabat lain juga ada yang pakai cincin. Bahkan sebahagian sahabat kalau berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan oleh para ulama, ada sebahagian mereka, cincin mereka ada tulis kalimah الله, ada tulis kalimah بسم الله, ada tulis kalimah العزة لله, ada yang tulis الملك لله, macam-macam lah. ada sebahagian tu ukir gambar orang متقلدا سيفا iaitulah ukiran orang yang meletakkan pedang di atas bahu dia. Ada pada cincin sebahagian sahabat, bahkan ada sahabat yang cincinnya terukir gambar singa, ada gambar lalat, ada juga. Demikian juga raja-raja Islam di zaman dahulu di kalangan mereka ada yang cincinnya terukir gambar orang متقلدا سيفا, orang yang menyandang pedang di bahu bagi menunjukkan kegagahan dan kehebatan.
Tapi yang penting Rassulullah SAW juga memakai cincin kerana sebab yang telah dijelaskan sebelum ini. Tertulis di cincin Rasulullah SAW itu محمد رسول الله. Kata Anas bin Malik RA: فكأني بوبيص أو بيصيص الخاتم في إصبع النبي صلى الله عليه وسلم أو في كفه, perkataan Anas بوبيص أو بيصيص, Anas nak bagi tahu cincin Nabi SAW itu ditengak bercahaya, kerana cincin baginda diperbuatan daripada perak. Mungkin bahasa kita meghelit, bercahaya dan cantik cincin Rasulullah SAW. Hadis ini ada di dalam al-Bukhari..