Soalan:
Salam..mohon pencerahan tentang aurat kaki ketika ada ajnabi/abg ipar dalam rumah seorang muslimah itu sendiri..shukran.
Jawapan:
Berdasarkan pandangan majoriti ulama, kaki wanita adlh aurat yg wajib ditutup dr dilihat oleh Lelaki ajnabi spt abg ipar dan lain2. Inilan pandangan yang dipilih oleh para peneliti dari kalangan ulama seperti al-Imam al-Nawawi, Ibn Qudamah, Ibn Rushd dan selainnya.
al-Imam al-Nawawi juga di dalam al-Majmu’ ada menukilkan pandangan Abu Hanifah, al-Thauri dan al-Muzani (anak murid al-Imam al-Syafi’ie) yang mengatakan kaki bukan aurat bagi wanita. Al-Imam al-Qudamah menyatakan antara alasan yang diberikan oleh mereka ialah disebabkan kedua-dua kaki adalah anggota yang sentiasa terzahir sama sepertimana muka.
Mengambil pandangan majoriti ulama adalah satu tindakan yang terpuji kerana lebih berhati-hati. Manakala jika berhadapan dengan kesukaran dan kepayahan yang berat, tidak menjadi kesalahan untuk beramal dengan pandangan Abu Hanifah, al-Thauri dan al-Muzani.