Ibn 'Abd al-Barr

Beliau ialah Abu 'Umar, Yusuf bin 'Abd Allah bin Muhammad bin 'Abd al-Barr al-Namari al-Hafidz. Syeikh ulama Andalus dan pembesar ulama hadis Andalus di zamannya (أبو عمر يوسف بن عبد الله بن محمد بن عبد البر النمري ) RH. Meninggal dunia pada malam Jumaat penghujung (سلخ) bulan Rabiulakhir 463H ketika berumur 95 tahun 5 hari. Tahun yang sama meninggal juga al-Khatib al-Baghdadi yang digelar sebagai "Hafidz al-Masyriq" manakala Ibn 'Abd al-Barr digelar sebagai "Hafidz al-Maghrib." Allah merahmati kedua-dua mereka.

al-Namari النمري dengan fathah "Nun" dan "Mim", selepasnya huruf "Ra'" adalah penisbahan kepada al-Namir bin Qasith النمر بن قاسط, dengan fathah "Nun" dan kasrah "Mim".

al-Namari dibaris fathah huruf "Mim"nya pada penisbahan, sedangkan asal huruf "Mim" berbaris kasrah. Ia khas bagi sebutan penisbahan kerana berturutan baris kasrah suatu yang dielakkan. Maka ia menjadi ringan apabila salah satu dari dua hurufnya (yang asalnya berbaris kasrah) tidak dibaris kasrahkan.


Cetak  
Wallahu a'lam