Beliau ialah salah seorang Imam dalam ilmu Nahw, Abu al-'Abbas, Muhammad bin Yazid bin 'Abd al-Akbar al-Azdiy al-Basriy al-Nahwiy al-Akhbariy أَبُو الْعَبَّاسِ ، مُحَمَّدُ بْنُ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ الْأَكْبَرِ الْأَزْدِيُّ ، الْبَصْرِيُّ ، النَّحْوِيُّ ، الْأَخْبَارِيُّ. penulis kitab al-Kamil. al-Imam al-Zahabi menyatakan beliau adalah seorang Imam, 'Allamah, segak dan kacak, fasih, bijak dalam pengungkapan lagi seorang yang dipercayai. Diceritakan al-Maziniy pernah kagum mendengar jawapan yang beliau berikan (dalam satu persoalan) lalu berkata kepadanya: "Bangun dan kamu adalah seorang al-Mubarrid (seorang yang memperkukuhkan kebenaran)." Lalu selepas itu beliau terkenal dengan gelaran tersebut.
Kata al-Zahabi: "Beliau berupa tanda kehebatan dalam ilmu Nahw. Kata Ismail al-Qadhi: "al-Mubarrid tidak mendapati ada orang lain yang setanding dengannya (di dalam ilmu Nahw di zamannya)."
Beliau meninggal dunia di awal tahun 286H. (LIhat Siyar A'lam al-Nubala oleh al-Imam al-Zahabi 13/577)