Abu Zur'ah

Beliau ialah (عبيد الله بن عبد الكريم بن يزيد بن فروخ ) ‘Ubaidullah bin ‘Abd al-Karim bin Yazid bin Farrukh bin Daud W264H. Kuniah Abu Zur’ah, boleh merujuk kepada beberapa tokoh. Namun jika disebut tanpa penisbahan lain ia merujuk kepada Abu Zur’ah al-Razi yang mendapat gelaran kuniah ini dari orang-orang Rai (الرازيون) yang menziarahi Dimasyq dan bertemu dengan Abu Zur’ah al-Dimasyqiy, lalu mereka menggelarkan beliau dengan gelaran yang sama kerana mengharapkan keberkatan berdasarkan pernyataan oleh Ibn ‘Asakir di dalam tarikhnya yang meriwayatkan kisah ini dengan sanad yang sampai kepada Abu Zur’ah al-Dimasyqi yang berkata:

بكنيتي كنى أبا زرعة الرازي وذلك أن جماعة من أهل الري قدموا علينا بدمشق قديما منهم أبو يحيى مزحويه فلما انصرفوا إلى الري فيما أخبرني غير واحد، منهم أبو حاتم رأوا هذا الفتى قد كانوا يعنون أبا زرعة الرازي فقالوا له: نكنيك بكنية أبي زرعة الدمشقي ثم لقيني أبو زرعة الرازي فجالسني بدمشق، وكان يذكر لي هذا الحديث وقال لي: تكنيت بكنيتك

Maksudnya: “Dengan kuniah aku ini, dikuniahkan Abu Zur’ah al-Razi. Ia berlaku apabila sekumpulan penduduk Rai sampai di Dimasyq antara mereka itu Abu Yahya Mazhawaih. Apabila mereka pulang ke Rai, berdasarkan apa yang diceritakan kepadaku oleh ramai orang, antaranya Abu Hatim yang melihat pemuda ini, yang telah mereka gelarkannya iatulah Abu Zur’ah al-Razi. Mereka berkata kepadanya: “Kami berikan kuniah kepada  kamu sama dengan kuniah Abu Zur’ah al-Dimasyqi.” Kemudian Abu Zur’ah al-Razi bertemu denganku di Dimasyq, beliau juga menyebut cerita ini dan berkata: “Aku diberi kuniah dengan kuniahmu.”  (Lihat Abu Zur’ah al-Razi wa Juhuduh fi al-Sunnah al-Nabawiyyah, Tesih Phd oleh Dr. Sa’di al-Hashimi, cetakan kedua 1409H/1989M, Dar al-Wafa’ li al-Tiba’ah wa al-Nasyr wa al-Tauzi’, al-Mansurah Kaherah Mesir, Bab al-Awwal, halaman 48-49)

Beliau mengambil ilmu daripada Abu Nu'aim, Ahmad bin Hambal, al-Qa'nabi (القعنبي), Yahya bin Bukair, 'Abd al-Hamid bin Bakkar, Ibn Abi Syaibah, Abu al-Walid al-Tayalisi dan selain mereka. 

Mengambil dan menyampaikan hadis darinya Abu Hatim, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa'ie, Ibn Majah, ABdullah bin AHmad, Harmalah bin Yahya, Ibn Abi Hatim dan selain mereka.  

Beliau mula menuntut ilmu sedari muda. Keluar dari Rai (الري) ketika berumur 13 tahun untuk menuntut ilmu. Bermuqim di Kufah selama 10 bulan, Kemudian pulang semula ke Rai, setelah itu keluar semula untuk pengembaraan ke duanya dan tidak pulang ke kampung halamannya selama 14 tahun. Beliau mula menyampaikan hadis ketika berumur 32 tahun.

Kata Ishak bin Rahawiah: "Setiap hadis yang tidak diketahui oleh Abu Zur'ah, maka ia hadis yang tiada asal-usulnya (كل حديث لا يعرفه أبو زرعة فليس له أصل)."

Beliau meninggal dunia di penghujung tahun 264H, semoga ALlah merahmatinya.


Cetak  
Wallahu a'lam