Beliau ialah أُمُّ سَلَمَةَ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ Ummu Salamah, ibu orang-orang yang beriman yang suci lagi mulia. Isteri Rasulullah SAW. Nama beliau Hindun binti Abi Umayyah bin al-Mughirah bin Abdillah bin 'Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah (هِنْدُ بِنْتُ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ مَخْزُومِ بْنِ يَقْظَةَ بْنِ مُرَّةَ), al-Makhzumiyyah, puteri kepada bapa saudara sebelah bapa Khalid bin 'Abd al-Walid RA dan Abu Jahl.
Termasuk dalam kalangan para wanita yang awal berhijrah ke Madinah yang ketika itu isteri kepada saudara susuan Nabi SAW Abu Salamah bin Abd al-Asad al-Makhzumi. Seorang lelaki dan suami yang soleh lagi mulia. Rasulullah bersama dengan beliau (Ummu Salamah) pada tahun ke-4 HIjriyyah. Ummu Salamah termasuk dalam kalangan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan seorang wanita yang mulis.
Beliau juga merupakan isteri Nabi SAW yang paling akhir meninggal dunia. Beliau dipanjangkan umur sehingga sempat hidup ketika peristiwa terbunuh syahid, al-Husain cucu Rasulullah SAW. Beliau pengsan kerana terkejut dengan mendapat berita terbunuhnya al-Husain RA dan meninggal dunia tidak lama selepas daripada itu. Beliau memiliki beberapa anak yang termasuk dalam kalangan sahabat Nabi SAW (juga anak tiri baginda) iaitulah: 'Umar, Salamah dan Zainab. Beliau juga ada meriwayatkan beberapa hadis dari Nabi SAW.
Hadis-hadis dari beliau diambil dan diriwayatkan oleh Sa'ied bin al-Musayyib, Syaqiq bin Salamah, al-Aswad bin Yazid, al-Sya'bi, Abu Saleh al-Samman, Mujahid, Nafi' bin Jubair bin Mut'im, Nafi' maulanya (ummu Salamah), Nafi' Maula Ibn 'Umar, 'Atho' bin Abi Rabah, Syahr bin Hausyab, Ibn Abi Mulaikah dan ramai lagi.
Umur beliau sekitar 90 tahun. Meninggal dunia dalam bulan Zul Kaedah tahun 59H. Ada juga yang mengatakan beliau meninggal pada tahun 61H dan pandangan ini dikatakan oleh al-Zahabi sebagai al-Zahir. DIkatakan bapanya bernama Huzaifah seorang dermawan yang banyak menyediakan bekalan kepada orang-orang yang hendak bermusafir (زاد الراكب). Berlaku sedikit kekeliruan kepada sebahagian orang yang menyangka nama Ummu Salamah sebagai Ramlah (رملة) yang sebenarnya nama kepada Ummu Habibah.
Ummu Salamah juga dalam kalangan 'alim fiqh di antara para sahabat Nabi SAW yang wanita.
Ibn Sa'ad mengatakan, mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Ishak al-Hadhrami, katanya menceritakan kepada kami 'Abd al-Wahid bin Ziyad, katanya menceritakan kepada kami 'Asim al-Ahwal daripada Ziyad bin Abi Maryam:
قَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ لِأَبِي سَلَمَةَ : بَلَغَنِي أَنَّهُ لَيْسَ امْرَأَةٌ يَمُوتُ زَوْجُهَا ، وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، ثُمَّ لَمْ تَزَوَّجْ ، إِلَّا جَمَعَ اللَّهُ بَيْنَهُمَا فِي الْجَنَّةِ ، فَتَعَالَ أُعَاهِدُكَ أَلَّا تَزَوَّجَ بَعْدِي ، وَلَا أَتَزَوَّجُ بَعْدَكَ . قَالَ : أَتُطِيعِينَنِي ؟ قَالَتْ : نَعَمْ . قَالَ : إِذَا مِتُّ تَزَوَّجِي . اللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمَّ سَلَمَةَ بَعْدِي رَجُلًا خَيْرًا مِنِّي ، لَا يُحْزِنُهَا وَلَا يُؤْذِيهَا ، فَلَمَّا مَاتَ ، قُلْتُ : مَنْ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ ؟ فَمَا لَبِثْتُ ، وَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَامَ عَلَى الْبَابِ فَذَكَرَ الْخِطْبَةَ إِلَى ابْنِ أَخِيهَا ، أَوِ ابْنِهَا ، فَقَالَتْ : أَرُدُّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ، أَوْ أَتَقَدَّمُ عَلَيْهِ بِعِيَالِي . ثُمَّ جَاءَ الْغَدُ فَخَطَبَ
maksudnya: "Kata Ummu Salamah kepada (bekas suaminya) Abi Salamah: "Telah sampai kepadaku bahawa tiada bagi seseorang perempuan yang telah meninggal suaminya yang dari kalangan ahli syurga, kemudian wanita itu tidak berkahwin lagi selepas suaminya meninggal, melainkan ALlah akan menghimpunkan semula mereka berdua di dalam syurga. Mari wahai ABu Salamah, kita berjanji, kamu tidak akan berkahwin dengan wanita lain setelah aku meninggal dunia dan aku tidak akan berkahwin dengan lelaki lain setelah kamu meninggal dunia." Jawab ABu Salah: "Apakah kamu mahu mentaatiku?" Jawab Ummu Salamah: "Ya sudah tentu!" Kata ABu Salamah: "Jika aku meningga dunia dahulu, kamu kahwinikah lelaki lain. (setelah itu beliau berdoa:
اللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمَّ سَلَمَةَ بَعْدِي رَجُلًا خَيْرًا مِنِّي ، لَا يُحْزِنُهَا وَلَا يُؤْذِيهَا
maksudnya: "Ya ALlah rezekikanlah kepada Ummu Salamah selepas kematianku seorang lelaki yang lebih baik dariku yang tidak akan menjadikannya sedih dan tidak akan menyakitinya." Ummu Salamah meneruskan cerita: "Apabila meninggal dunia ABu Salamah aku berkata: "Apakah ada seorang lelaki yang lebih baik dari Abu Salamah?" Tidak lama selepas itu datang pinangan Rasulullah SAW melalui anak saudaranya. Kata Ummu Salamah: APakah aku perlu tolak pinangan Rasulullah SAW atau aku akan bawa bersama baginda keluarga (anak-anak)ku? Pada keesokan harinya baginda datang meminangku."