Urwah bin Zubair

Nama beliau ialah ‘Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin al-Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai bin Kilab, Hawari Rasulillah SAW. Anak kepada Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq RA dan anak saudara ‘Aisyah RA. Beliau melazimi ‘Aisyah kerana menuntut ilmu dan mengambil hadis daripadanya.

Qabisah bin Zuaib menceritakan bagaimana beliau, Mus’ab, ‘Urwah dan beberapa nama lagi pada malam harinya akan berada dalam majlis-majlis ilmu di masjid. Manakala pada siang harinya pula mereka akan berselerak menuntut ilmu dengan para sahabat Nabi SAW seperti Zaid bin Thabit dan Abu Hurairai. Manakala ‘Urwah pula kata Qabisah:

وَكَانَ عُرْوَةُ يَغْلِبُنَا بِدُخُولِهِ عَلَى عَائِشَةَ

maksudnya:  “Mengalahkan kami dengan sering berjumpa dengan ‘Aisyah RA (menuntut ilmu dari beliau).”

Kata Hisyam bin ‘Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam: “Kata bapaku (‘Urwah): “tidak meninggal dunia ‘Aisyah (RA), melainkan daku telah meninggalkannya (habis mengambil hadis dari beliau) empat tahun sebelumnya.” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala 4/421-423 oleh al-Zahabi (W748H), seliaan tahkik dan takrij hadis Syu’aib al-Arnaouth, cetakan kedua 1402H/1982M Muassasah al-Risalah, Beirut)


Cetak  
Wallahu a'lam