Abdullah bin Muhairiz (عبد الله بن محيريز)

Kata alAuza'iei RH:

"Siapa yang hendak mencari contoh, maka contohilah orang seperti Ibn Muhairiz. Sesungguhnya Allah tidak pernah menyesatkan sesuatu umat, dalam kalangan mereka terdapat (orang seperti) Ibn Muhairiz." (Siyar A'lam alNubalaa')

Satu hari Ibn Muhairiz pergi ke pasar di Dabiq دابق (sebuah pasar di Halab, Syiria) hendak membeli pakaian. Seorang lelaki berkata kepada pemilik kedai:

"Lelaki ini Ibn Muhairiz, perelokkan jualan kepadanya."

Mendengar perkataan lelaki itu, Ibn Muhairiz marah, lalu berkata:

"Daku hanya mahu membeli barangan dengan duitku, bukan dengan agamaku."


Cetak  
Wallahu a'lam