Nama beliau Abu Ishak. Ibrahim bin Muhammad bin Abi Yahya al-Aslami. Dilahirkan sekitar 100H.
Ibn al-Mubarak ketika ditanya oleh Sufyan bin Abdul Malik: “Mengapa kamu tinggalkan hadis Ibrahim bin Abi Yahya?” Beliau menjawab: “Dia seorang mujahir akan qadariahnya dan melakukan tadlis.”
Yahya al-Qattan berdasarkan perkataan Ibrahim bin Muhammad bin ‘Ar‘arah (عَرْعَرة): “Aku mendengar Yahya bin al-Qattan berkata: “Aku bertanya Malik tentang Ibrahim bin Abi Yahya al-Aslami: “Apakah dia seorang yang thiqah di dalam hadis?” Jawab Malik: “Tidak, tidak juga pada agamanya.”
Yahya al-Qattan juga berkata: “Aku bersaksikan bahawa Ibrahim bin Abi Yahya berdusta.”
Kata al-Imam Ahmad RH: “Qadariy Jahmiy, setiap bala ada padanya. Ulama meninggalkan hadisnya. Manakala bapanya seorang thiqah.”
Kata Ibn Ma‘ien: “Dia seorang rafidhi qadariy.” “Kazzab.”
Kata al-Imam al-Bukhari: “Qadariy Jahmiy. Ibn al-Mubarak dan orang ramai (ulama) meninggalkannya.”
Kata al-Nasa’ie: “Matruk al-Hadis.”
Kata Ibn Hibban: “Nama datuknya Abi Yahya adalah Sam‘an (سمعانُ). Malik dan Ibn al-Mubarak melarang kami dari (mengambil hadis) daripadanya. Ditinggalkan oleh al-Qattan dan Ibn Mahdi..” sehinggalah beliau berkata: “Dia sering berdusta berkaitan hadis.” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’ oleh al-Zahabi 8/450.