Jom kenali imam bukhari

 

al-Imam al-Bukhari, kita semua sedia maklum, beliau salah seorang ulama ahli Sunnah wal jamaah. Hadis-hadis yang telah dinilai oleh al-Imam al-Bukhari sebagai hadis yang sahih di dalam kitabnya Sahih a;-Bukhari merupakan hadis sahih yang berada pada darjat yang tertinggi sekali selepas al-Quran. Kalau kita kata al-Quran perkataan yang paling benar, maka perkataan yang kedua benar adalah sahih al-Bukhari berdasarkan padangan majority ulama. Selepas pada tu datang kitab Sahih Muslim. Sebahagian ulama kata kitab sahih muslim lebih tinggi daripada Sahih al-Bukhari. Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Yang penting, Bukhari Muslim berada selepas al-Quran أصح الكتب بعد القرآن صحيح البخاري وصحيح مسلم “kitab yang paling sahih selepas al-Quran adalah sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.” Perkara ini kata para ulama تلقت الأمة بالقبول kesemua ulama umat Islam sepakat menerima sahih al-Bukhari dan Muslim sebagai kitab yang paling sahih selepas al-Quran, ijmak kesemua ulama.

Jadi kita ambil istifadah ilmu daripada al-Imam al-Bukhari untuk kita baca hadis yang beliau susun tentang adab dan akhlak. Al-Imam al-Bukhari tuan-tuan, adalah seorang imam, seorang ulama yang sebenarnya merupakan tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Amirul mikminin fil hadis, menghafal ratusan ribu hadis. Seorang yang masyhur.

Nama beliau Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari (محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه الجعفي البخاري). Tok wan dia  Ibrahim bin al-Mughirah adalah anak murid kepada Imam Malik bin Anas RH. Siapa dia imam Malik? Tok guru kepada Imam Syafie RH .

Jadi tok wan Imam Bukhari mengaji dengan salah seorang guru yang sama dengan Imam Syafie RH. Ayah dia Ismail bin Ibrahim adalah seorang yang kaya, memiliki harta yang banyak, tanah yang luas. Kata Ismail, bapa Imam Bukhari تركت مالا كثيرا لأهلي، ولا أعرف درهما في حرام “aku telah tinggalkan harta yang begitu banyak untuk keluargaku dan aku tidak ketahui ada walau satu dirham dari sumber yang haram.”  Tidak ada dari sumber yang haram walau satu dirham. Aku pastikan semuanya bukan dari sumber yang haram. Inilah perkataan Ismail bin Ibrahim, bapa kepada Imam Bukhari.

Kata para ulama, allah SWT telah mempersiapkan diri Imam Bukhari untuk menjadi seorang alim dalam agama Islam. Seorang yang hebat di dalam hadis. Menghafal ratusan ribu hadis.

Tuan-tuan, dikatakan Imam Bukhari tengak kitab sekali dia boleh hafal. Dengar orang cakap sekali sahaja dia boleh hafal. Imam Bukhari gelarannya adalah al-Bukhari, merujuk kepada tempat asal-usulnya iaitulah Bukhara. Di mana Bukhara ni? Di Uzbekistan. Imam Bukhari ni bukan orang Arab.

Beliau seorang yang masyhur sejak di zamannya lagi. Semua ulama kenal nama beliau. Harum nama beliau. Bahkan beliau pernah tegur gurunya yang sebut hadis dengan salah. Bila disemak sememangnya betul apa yang dikatakan oleh Imam Bukhari.

Nama beliau begitu harum. Satu hari Imam Bukhari pergi ke Baghdad, satu kisah yang masyhur membuktikan betapa hebatnya Imam Bukhari. Beliau pergi ke Baghdad yang merupakan tempat berhimpun para ulama. Apabila beliau sampai di Baghdad, maka para ulama hadis... dulu ni tuan-tuan, sesiapa yang menonjolkan diri sebagai seorang ahli ilmu dia akan diuji oleh para ulama. Sehingga Imam Syafie, di Masjidil Haram tu sendiri, tak ada orang yang boleh mengajar atau mengeluarkan fatwa di masjidil haram, melainkan ketika dia mula hendak menonjolkan dirinya, ulama yang ada di sekitar itu akan berusaha untuk menyingkirkan orang tersebut. Mereka akan ajukan permasalahan-permasalahan yang susah-susah dan pelik-pelik.   Siapa yang tak kemas ilmu dia, tak akan kekal menjadi seorang alim pada zaman tu.

Tapi ketika Imam Syafie zahirkan diri dia sebagai seorang yang alim, orang ramai pergi kepada beliau cuba menguji dengan soalan-soalan dan permasalahan-permasalahan, semua Imam Syafie jawab satu-persatu. Sehingga ternyata keunggulan ilmu al-Imam al-Syafie RH. Yang tanya soalan itu adalah orang-orang yang alim. Jadi soalan-soalan itu hebat menggambarkan kealiman orang yang bertanya.

Demikian juga al-Imam al-Bukhari RH, ketika dia sampai di Baghdad, ulama hadis di Baghdad hendak menguji beliau. Mereka dapatkan 10 orang penyoal, setiap seorang akan bertanyakan 10 hadis kepada Imam Bukhari dalam keadaan maqlubah مقلوبة iaitulah diterbalikkan sanad dan matan hadisnya.

Apa maksudnya? Contohnya begini; hadis إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، فمن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه kalau berdasarkan riwayat al-Imam al-Bukhar, hadis ini beliau ambil dari gurunya bernama Humaidi. Guru Imam Bukhari yang bernama Humaidi ini pula ambil hadis ini daripada gurunya bernama Sufyan bin ‘Uyainah, Sufyan bin Uyainah ini pula ambil hadis ini daripada gurunya bernama Ibn Abi Sa‘id al-Ansori, Ibn Abi Sa‘id al-Ansori pula ambil hadis ini daripada gurunya Muhammad bin Ibrahim, Muhammad bin Ibrahim ambil hadis ini daripada gurunya al-Qamah bin Waqqas dan al-Qamah ambil hadis ini daripada sahabt Nabi bernama ‘Umar bin al-Khattab RA daripada Nabi SAW.

Satu lagi hadis, sebagai contoh, iaitulah hadis dalam Bukhari, iaitulah hadis: من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة sesiapa yang mendapat satu rakaat dari sesuatu solat, maka dia mendapat solat tersebut. Hadis ini berdasarkan riwayat Bukhari, beliau riwayat daripada gurunya yang lain bernama Abdullah bin Yusuf, guru Imam Bukhari yang bernama Abdullah bin Yusuf ambil hadis ini daripada gurunya bernama Malik, Imam Malik pula mengambil hadis ini daripada gurunya al-Zuhri, al-Zuhri pula meriwayatkan hadis ini daripada Abu Salamah bin Abdir Rahman, Abu Salamah bin Abdir Rahman pula meriwayatkan hadis ini daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW. Apa hadis dia? Iaitulah  من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة.

Sekarang mereka melakukan maqlub iaitulah mereka terbalikkan, hadis من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة, mereka letakkan sanadnya kepada hadis إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى..., senarai nama perawi dalam sanad hadis إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى pula mereka letakkan kepada hadis من أدرك ركعة من الصلاة. Inilah contoh dua hadis yang saya berikan. Yang berlaku kepada Imam Bukhari, mereka terbalikkan atau tukarkan sanad 100 buah hadis yang diagihkan kepada 10 orang penyoal, setiap seorang akan menyebut 10 hadis yang telah diterbalikkan senarai sanad atau senarai para periwayatnya.

Marilah Imam Bukhari, dalam majlis itu ramai orang yang alim di kota Baghdad, dan mereka semua tahu tujuan mereka hadir, iaitulah untuk menguji al-Imam al-Bukhari. Sepertimana biasa, selain orang alim yang ramai, ramai juga orang yang jahil di dalam majlis itu.

Lalu apabila Imam Bukhari duduk di tempat menyampaikan ilmu, lelaki pertama bangun dan tanyakan soalan: “Wahai imam, aku nak Tanya, wahai syeikh, wahai alim, aku nak Tanya apa pandangan kamu tentang hadis sekian, sekian dengan sanadnya sekian-sekian?” “Hadis kedua lafaznya sekian-sekian dengan sanad yang sekian-sekian?” yang telah diterbalikkan. Imam Bukhari jawab apa bila dengar soalan tu? Imam Bukhari jawab: لا أدري "aku tidak tahu. Hadis yang engkau sebut itu aku tidak tahu." Hadis yang keduapun imam Bukhari jawab "aku tidak tahu." Sepuluh hadis penyoal tanya. Kesemuanya jawapan Imam Bukhari: "Aku tidak tahu." Bangun lelaki yang kedua bertanya dengan cara yang sama, semuanya Imam Bukhari jawab "aku tidak tahu." Semua 100 hadis yang ditanya, Imam Bukhari jawab "aku tidak tahu".

Orang alim yang berada di dalam majlis tersebut, setelah mendengar jawabpan dari Imam Bukhari "aku tidak tahu", mereka yang alim berkata: عرف هذا الرجل وفطن “pemuda ini (mereka maksudkan Imam Bukhari) telah tahu tujuan soalan-soalan itu dan dia seorang pemuda yang cerdik.” Ini komen orang alim. Semua mereka apabila dengar jawapan Imam Bukhari "aku tidak tahu" dah dapat tahu kedudukan ilmu Imam Bukhari. Adapun orang jahil yang ada dalam majlis tersebut akan berkata, tara ni sahaja ilmu Bukhari? Begitulah orang jahil. Biasanya dia tak kenal dirinya itu jahil. Lalu ada sahaja orang alim, orang jahil akan pertikaikannya. Sedangkan dia itu sendiri jahil. Demikianlah tabiat orang jahil zaman berzaman. Kerjanya nak salahkan orang.

Apabila semua 10 orang penyoal selesai kemukakan 100 hadis dengan matan dan sanad hadis yang ditukar-tukarkan, Imam Bukhari tunjuk semula kepada orang pertama yang menyoal dan berkata: “Adapun hadis pertama yang kamu tanyakan tadi” Imam Bukhari boleh ingat hadis pertama yang ditanya dengan sanad yang salah sekali beliau ingat dan ulang balik sebutannya. Beliau kata: “Hadis pertama yang kamu sebut tadi dengan sanad atau rantaian periwayat sekian dengan matan yang sekian, tidak aku ketahui sebegitu riwayatnya. Riwayat yang sebenar ialah sekian-sekian” lalu Imam Bukhari susun balik matan hadis berdasarkan sanad yang sebenarnya. Beliau perbetulkan semula sanad dan matan. Imam Bukhari perbetulkan semua 100 hadis yang ditanya, beliau ulang semula seperti sebutan hadis yang telah diterbalikkan sanad yang beliau hanya dengar sekali sahaja dan beliau perbetulkan semuanya. Inilah al-Imam al-Bukhari RA.

Dikatakan, wallahu a’lam, saya tak pasti kesahihan kisah ini, tetapi kisah tentang ulama tak seperti kita nak sebut sesuatu dari Nabi SAW. Cerita tentang ulama ini kita bukak jalan periwayatannya, bagi mudah, tak perlu semak sahih atau tidak. Kerana yang memerlukan semakan sahih atau tidak ialah apabila hendak menyampaikan hadis Nabi SAW.

Dikatakan Imam Bukhari ini ketika kecil dia seorang budak yang buta. Emak Imam Bukhari sentiasa berdoa kepada Allah agar kembalikan penglihatan Imam Bukhari. Sehinggalah satu malam emak Imam Bukhari bermimpi Nabi Ibrahim datang kepadanya dan berkata: “Allah Taala telah memperkenankan doa kamu dan mengembalikan penglihatan kepada anak kamu Muhammad bin Ismail.” Ketika bangun pagi, ternyata emak Imam Bukhari mendapati benar seperti yang dia mimpikan. Anaknya Bukhari, Allah telah kembalikan penglihatannya.

Ayah imam Bukhari ini meninggal dunia awal dan emak Imam Bukhari lah yang mendedahkan Imam Bukhari kepada ilmu dan semua harta yang ditinggalkan oleh suaminya digunakan untuk Imam Bukhari menuntut ilmu.


Cetak  
Wallahu a'lam