Diriwayatkan daripada Jundab bin Sufyan. Jundab bin Sufyan boleh disebut nama dia sebagai Jundab, boleh juga disebut sebagai Jundub. Sufyan pula adalah tok dia. Bapanya nama Abdullah. Jadi nama sebenar dia ialah Jundab atau Jundub bin Abdillah bin Sufyan. Orang Arab ni kadang-kadang mereka binkan nama mereka kepada bapak, kadang-kadang mereka binkan nama mereka kepada tok wan. Antara ulama yang masyhur dibinkan namanya kepada tok iaitulah Imam Ahmad bin al-Hambal. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Hambal itu tok wan dia. Jadi orang Arab kadang-kadang mereka nisbahkan nama mereka kepada tok wan mereka.
Ini antara salah seorang sahabat yang masyhur dengan nama dia dinisbahkan kepada tok wan dia. Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali, al-Bajali ini pula gelaran dia.
Wallahu a’lam, saya tak sempat semak tarikh kelahiran dia demikian juga tarikh wafatnya. Cumanya sahabat ni telah meriwayatkan hadis dari Nabi SAW sekitar 43 buah hadis.