al-Muzani: Sahabat Dan Juga Anak Murid al-Imam al-Syafie

1. أبو إبراهيم إسماعيل بن يحيى بن إسماعيل بن عمرو بن إسحاق المزني : Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya bin Ismail bin ‘Amr bin Ishak al-Muzani. Meninggal di Mesir tahun 264H. Antara kitab tulisan beliau ialah: al-Jami’ al-Kabir (الجامع الكبير), al-Jami’ al-Soghir (الجامع الصغير), Mukhtasar al-Mukhtasar (مختصر المختصر), al-Manthur (المنثور), al-Masail al-Mu’tabarah (المسائل المعتبرة), al-Targhib fi al-‘Ilm (الترغيب في العلم), Kitab al-Wathaiq (كتاب الوثائق).

Al-Imam al-Syafie berkata tetang beliau: لو ناظره الشيطان لغلبه": “Seandainya Syaitan berdebat dengannya, sudah tentu dia akan mengalahkan syaitan tersebut.” Kata beliau lagi: المزني ناصر مذهبي : “al-Muzani itu pembela mazhab-ku.” (Sila lihat Tobaqaat al-Fuqaha oleh al-Syirazi 97, Tobaqaat al-Syafieyyah al-Kubra oleh al-Subki 93-109, dan Wafayaat al-A’yaan 1/217)
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam