Beliau ialah Abu Amru, Uwais bin Amir bin Juz’ bin Malik al-Qarani al-Muradi al-Yamani (أبو عمرو: أويس، بن عامر، بن جزء، بن مالك، القرني، المرادي اليماني), salah seorang pemuka tabi'in dan wali Allah yang soleh. Sempat hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW dan memeluk Islam, namun tidak pernah bertemu dengan baginda, kerana sibuk berbakti kepada ibunya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya’ (2/87) melalui riwayat Asbagh bin Zaid (أصبغ بن زيد). Oleh itu, beliau bukan dari golongan sahabat, sebaliknya dalam golongan tabi’in.
Beliau dilahir dan dibesarkan di Yaman. Al-Imam al-Zahabi berkata tentang beliau dalam Siyar A’lam al-Nubala’ (4/19):
القدوة الزاهد، سيد التابعين في زمانه، كان من أولياء الله المتقين، ومن عباده المخلصين
"Seorang tokoh yang dicontohi lagi zuhud, pemimpin tabi’in pada zamannya, seorang wali Allah yang bertakwa dan dalam kalangan hamba-Nya yang ikhlas."
Al-Imam al-Nawawi, dalam Syarh Sahih Muslim, telah membuat satu bab khusus tentang keutamaan Uwais dan mengumpulkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengenai kelebihannya. Salah satunya adalah hadis nombor (2542), daripada Usayr bin Jabir (أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ), yang berkata:
كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رضي الله عنه إِذَا أَتَى عَلَيْهِ أَمْدَادُ أَهْلِ الْيَمَنِ سَأَلَهُمْ : أَفِيكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ ؟ حَتَّى أَتَى عَلَى أُوَيْسٍ فَقَالَ : أَنْتَ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : مِنْ مُرَادٍ ، ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَكَانَ بِكَ بَرَصٌ فَبَرَأْتَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ لَكَ وَالِدَةٌ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ ، مِنْ مُرَادٍ ، ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ ، كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ ، لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ ، فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ ) فَاسْتَغْفِرْ لِي . فَاسْتَغْفَرَ لَهُ . فَقَالَ لَهُ عُمَرُ : أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قَالَ : الْكُوفَةَ . قَالَ : أَلَا أَكْتُبُ لَكَ إِلَى عَامِلِهَا ؟ قَالَ : أَكُونُ فِي غَبْرَاءِ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَيَّ .قَالَ : فَلَمَّا كَانَ مِنْ الْعَامِ الْمُقْبِلِ حَجَّ رَجُلٌ مِنْ أَشْرَافِهِمْ ، فَوَافَقَ عُمَرَ ، فَسَأَلَهُ عَنْ أُوَيْسٍ قَالَ : تَرَكْتُهُ رَثَّ الْبَيْتِ قَلِيلَ الْمَتَاعِ . قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ ، مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ ، كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ ، لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ ، فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ ) فَأَتَى أُوَيْسًا فَقَالَ : اسْتَغْفِرْ لِي . قَالَ : أَنْتَ أَحْدَثُ عَهْدًا بِسَفَرٍ صَالِحٍ فَاسْتَغْفِرْ لِي . قَالَ : اسْتَغْفِرْ لِي . قَالَ : أَنْتَ أَحْدَثُ عَهْدًا بِسَفَرٍ صَالِحٍ فَاسْتَغْفِرْ لِي . قَالَ : لَقِيتَ عُمَرَ ؟ قَالَ : نَعَمْ فَاسْتَغْفَرَ لَهُ ، فَفَطِنَ لَهُ النَّاسُ ، فَانْطَلَقَ عَلَى وَجْهِهِ .قَالَ أُسَيْرٌ : وَكَسَوْتُهُ بُرْدَةً ، فَكَانَ كُلَّمَا رَآهُ إِنْسَانٌ قَالَ : مِنْ أَيْنَ لِأُوَيْسٍ هَذِهِ الْبُرْدَةُ ؟
"Umar bin al-Khattab RA, setiap kali datang rombongan dari Yaman, beliau akan bertanya; “Adakah bersama kamu semua seorang Bernama Uwais bin Amir?” Sehingga akhirnya beliau bertemu dengan Uwais, lalu bertanya: “Adakah engkau ini Uwais bin Amir?” Jawab Uwais: “Ya!” Umar bertanya lagi: “Dari Murad, kemudian dari Qaran?” Uwais menjawab: “Ya!” Umar bertanya: “Adakah engkau pernah menghidap penyakit sopak, kemudian sembuh daripadanya kecuali tinggal sebesar satu dirham?” Uwais menjawab: “Ya!” Umar bertanya lagi: “Adakah engkau mempunyai seorang ibu?” Uwais menjawab: “Ya!” Maka Umar berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang kepada kamu seorang lelaki bernama Uwais bin Amir bersama rombongan penduduk Yaman, dia berasal dari Murad kemudian Qaran. Dia pernah menghidap penyakit sopak lalu sembuh daripadanya kecuali sebesar duit satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan dia benar-benar berbakti kepada ibunya itu. Jika dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti akan memperkenankannya. Jika engkau dapat meminta dia mendoakan keampunan untukmu, maka lakukanlah.” (kata ‘Umar kepada Uwais) wahai Uwais, mintalah keampunan untukku.” Uwais pun memohonkan keampunan untuk Umar. Umar kemudian bertanya kepadanya: “Ke mana engkau hendak pergi?” Uwais menjawab: “Ke Kufah.” Umar bertanya: “Mahukah aku tuliskan surat kepada pemimpin di sana untukmu?” Uwais menjawab: “Aku lebih suka berada dalam kalangan orang biasa.” Beliau (Usair bin Jabir) berkata: "Pada tahun berikutnya, seorang lelaki dari kalangan bangsawan mereka (penduduk Kufah) menunaikan haji dan bertemu dengan Umar. Umar bertanya kepadanya tentang Uwais, lalu lelaki itu berkata: “Dia berada dalam keadaan rumahnya usang dan barangannya sedikit.” Umar berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang kepada kamu seorang lelaki bernama Uwais bin Amir bersama rombongan ahli Yaman, berasal dari Murad kemudian Qaran. Dia pernah menghidap penyakit sopak lalu sembuh daripadanya kecuali sebesar duit satu dirham. Dia memiliki seorang ibu yang dia benar-benar berbakti kepadanya. Jika dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memperkenankannya. Jika engkau mampu meminta dia mendoakan keampunan untukmu, maka lakukanlah.” Lelaki itu apabila pulang ke Kufah, dan pergi kepada Uwais dan berkata: “Mohonkanlah keampunan untukku.” Uwais menjawab: “Engkau baru saja kembali dari perjalanan yang baik, maka doakanlah untuk keampunanku.” Lelaki itu berkata lagi: “Mohonkanlah keampunan untukku.” Uwais menjawab: “Engkau baru saja kembali dari perjalanan yang baik, maka doakanlah untuk keampunanku.” Seterusnya Uwais bertanya kepada lelaki tersebut: “Adakah engkau bertemu dengan Umar?” lelaki itu menjawab: “Ya.” Lalu Uwais memohonkan keampunan untuk lelaki itu. Orang ramai mula mengetahui perkara ini, maka uwais pun pergi menghilangkan diri. Usair berkata: “Aku pernah memberinya sehelai selendang. Setiap kali seseorang melihat selendang itu pada Uwais, mereka akan bertanya: “Dari mana Owais mendapat selendang ini?’”
Kebanyakan ulama berpendapat beliau meninggal dunia dalam peristiwa peperangan Siffin pada tahun 37 Hijrah, di mana beliau bertempur bersama Ali bin Abi Talib RA dan syahid di sana. Pendapat ini disandarkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak (3/460) kepada Sharik bin Abdullah, Abdurrahman bin Abi Layla (شريك بن عبد الله وعبد الرحمن بن أبي ليلى), dan lain-lain. Sebahagian ulama lain menyatakan bahawa beliau pergi berperang di Azerbaijan dan syahid di sana. Lihat: Hilyat al-Awliya (2/83).
Namun, pendapat pertama adalah pandangan kebanyakan ulama.