Seorang ikutan dan contoh. Syeikh al-Islam Abu Saied alHasan bin Ahmad bin Yazid al-Ishtakhriy alSyafie. Seorang faqih di Iraq, sahabat Ibn Suraij. Antara ulama yang mengambil ilmu daripadanya ialah alDaraqutni, Ibn Sahin dan lain-lain.
Kata Abu Ishak alMarwazi: "Ketika aku masuk ke Baghdad, tiada seorangpun yang layak dipelajari daripadanya melainkan Ibn Suraij dan Abu Saied alIshtakhriy."
Kata alKhatib: "apabila beliau memegang jawatan qadhi, diberikan cahaya, apabila memegang hisbah di Baghdad, beliau telah membakar tempat-tempat berhibur."
Beliau seorang yang zuhud, wara', bersedikit dengan dunia. Pemilik beberapa kitab antaranya Adab alQadha', tiada seseorangpun yang seumpamanya. Khalifah alMuqtadir telah memintanya menjadi qadhi di Sijistan.
Beliau meninggal dunia pada Jumada alAkhirah tahun 328H berumur lebih 80 tahun. (Siyar A'lam alNubala')