SDI 0309: Benarkah Hawa Melahirkan Anak Setiap Hari?

Soalan:

Ustaz, ada ustaz yg mengajar d msj kampung saya kata Ibu kita Hawa melahirkan anak setiap hari seorg. Mohon penjelasan dr ust.

Jawapan:

Saya tidak menjumpai maklumat seperti dakwaan tersebut. Yg saya temui hanyalah pandangan bbrapa ulama, namun setakat seakan saya tidak menjumpai maklumat seperti yang ust tersebut nyatakan. Antara yang saya ketemui ialah:

Alimam alTobari antaranya d dlm tarikhnya yg menyatakan:

"Dikatakan bahawa Hawa melahirkan utk Adam AS 120 kelahiran. Yg pertama Qabil dan pasangan kembarnya Qaliman. Yg akhir sekali 'Abd alMugith dan pasangan kembarnya Amah alMugith."

Ibn Hajar alAsqalani pula berkata:

"Kata alTha'labi: Kata para ulama alQuran bahawa Hawwa' melahirkan utk Adam 40 org dlm 20 kelahiran." (Lihat Fath alBari 12/193)

alimam Ibn Kathir pula berkata:

"Ramai dr kalangan Salaf dan Khalaf yg menyebut bhw Allah Taala tlh mensyariatkan kpd Adam AS utk mengahwinkan anak2 perempuan baginda dgn anak2 lelaki krn keperluan pd ketika itu. Akan ttp para ulama berkata: "Dlm setiap kelahiran dilahirkan seorg lelaki dan seorg perempuan. Maka dikahwinkan yg perempuan dr sesuatu kelahiran dgn lelaki pd kelahiran yg satu lagi." (Lihat Tafsir Ibn Kathir 3/82)

Ringkasnya, semua kenyataan ini adlh pandangan ulama yg dinukilkan dr generasi ke generasi. Ia tidak mmbabitkan keimanan dan kufur.


Cetak  
Wallahu a'lam