SDI 0401: Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah Yang Gugur di Medan Uhud Adalah TIDAK SAHIH!!!

Soalan: 


Jawapan:

Kisah Hindun binti ‘Utbah RA memakan hati Hamzah bin ‘Abdul Muttalib dlm peperangan Uhud adlh TIDAK THABIT. Di bawah saya sertakan penjelasan ringkas ttgnya:

1) Riwayat Imam Ahmad 4414: Menceritakan kpd kami ‘Affan, menceritakan kpd kami Hammad, menceritakan kpd kami ‘Atho' bin Sa'ib, drpd alSya'bi drpd Ibn Mas'ud, lalu diceritakan kisah peperangan Uhud, di dlmnya dinyatakan:

“…mereka dapati Hamzah yg telah dibelah perutnya, Hindun mengambil hati Hamzah dan memamahnya, akan ttp dia tidak mmpu memakannya. Rasulullah SAW bertanya: “Apakah dia (Hindun) dapat memakan sesuatu dr Hamzah?” para sahabat menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda:

مَا كَانَ اللهُ لِيُدْخِلَ شَيْئًا مِنْ حَمْزَةَ النَّارَ

Maksudnya: “Allah tidak akan memasukkan sesuatu dr tubuh badan Hamzah ke dlm neraka.”

HADIS INI ISNADNYA DHOIEF/LEMAH. 'Atho' bin Sa'ib seorg yg telah bercelaru. alHafidz Ibn Hajar di dlm alTaqrib m/s 391 berkata ttgnya:

Soduq Ikhtalath صدوق اختلط

Hammad iaitulah Ibn Salamah pula seorg yg mendengar hadis dr beliau sblm dan selepas beliau bercelaru. Tidak dapat dibezakan hadisnya sebelum atau selepas ikhtilath. (Lihat alTahzib 7/207)

alSya'bi juga tidak mendengar dr Ibn Mas'ud spt yg dinyatakan oleh Abu Hatim dan alDaraqutni. Lihat alTahzib: 5/68.

Justeru hadis ini Dhoief lagi Munqati'.

Selain itu, Matan hadis ini juga mengandungi maklumat yg tidak dpt diterima krn ia menyalahi realiti yg berlaku, iaitulah kononnya Nabi bersaba:

“Apakah dia (Hindun) dapat memakan sesuatu dr Hamzah?” para sahabat menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda: “Allah tidak akan memasukkan sesuatu dr tubuh badan Hamzah ke dlm neraka.”

Ia spt isyarat Hindun akan masuk ke dlm neraka, sedangkan realiti membuktikan Hindun memeluk Islam dan ternyata baik Islamnya. Selain itu beliau juga tlh berbaiah kpd Nabi spt hadis yg terdpt dlm Sahih alBukhari dan Muslim.

2) Kata Ibn Ishak: “sptmana Soleh bin Kaisan menceritakan kpdku, Hindun bersama para wanita yg dtg bersamanya berdiri mmotong telinga dan hidung para sahabat Rasulullah yg gugur di medan Uhud, sehingga Hindun nengambil telinga dan hidung mereka sbg gelang dan rantai, lalu dia serahkan gelang dan rantainya kpd Wahsyi, ghulam Jubair bin Mut'im, lalu Hindun membelah hati Hamzah dan dikunyahnya akan ttp dia tidak mampu menelannya. (Sirah Ibn Ishak 333)

Isnad riwayat ini Mursal dan tidak Sahih.

3) alWaqidiy juga ada meriwayatkn di dlm Maghazi-nya drpd Wahsyi bin Harb kisah ini dgn beberapa perbezaan cerita. Namun kisah itu Batil lagi Mungkar. Imam alSyafi'ie, Imam Ahmad dn selainnya tidak menerima riwayat dr alWaqidiy ini, sehingga Ishak bin Rahuwaih berkata ttgnya:

“Dia di sisiku dr kalangan mereka yg memalsukan hadis.” (Tahzib alTahzib 9/326)

4) Riwayat AlBaihaqi di dlm Dala'il alNubuwwah 3/282 dr jalan Muhammad bin ‘Amr bin Khalid, katanya: menceritakan kpd kami bapaku, katanya: menceitakan kpd kami Ibn Lahi'ah, drpd Abi alAswad, drpd ‘Urwah bin alZubair, lalu disebut kisah peperangan Uhud. Di dlmnya ada kisah Wahsyi mmbawa hati Hamzah kpd Hindun.

Namun riwayat ini juga Isnadnya tidak Sahih lagi Mursal.

Ibn Lahi'ah ini telah bercelaru ingatannya. Mnkala Muhammad bin ‘Amr bin Khalid ini ketika Ibn Yunus menyebutnya d dlm Tarikhnya, beliau tidak memberi sbrg kritikan atau pujian.

5) Imam ibn Kathir juga ada menyebut d dlm alBidayah wa alNihayah kisah Wahsyi mmbelah hati Hamzah dan dibawanya kpd Hindun, beliau memamahnya namun tidak mmpu menelannya. Kisah ini dinyatkan oleh Musa bin ‘Uqbah.

Musa bin ‘Uqbah adlh seorg Sighar Tabi'ien, lalu menjadikan kisah ini Mursal (Dhoief).

Kesimpulan:

1) Kisah Hamzah terbunuh di medan Uhud Thabit dan jenazahnya dipotong2 telinga dan hidung, di belah perutnya juga adlh Thabit.

2) Kisah Hindun memamah hati Hamzah dan tidak mmpu menelannya TIDAK ADA YG THABIT.


Cetak  
Wallahu a'lam