Kelambu Kaabah pernah tersingkap pada tahun 644H

 

Kelambu Kaabah pernah tersingkap pada tahun 644H. Setelah Itu jatuhnya Daulah Bani al'Abbas dan berlakunya pencerobohan tentera Tatar.

Imam Ibn Kathir menyebut di dalam kitabnya alBidayah wa alNihayah 17/289, antara perkara yang berlaku pada tahun 644H, ialah:

"Telah bertiup angin yang sangat kencang pada hari Selasa 18 Rabi'ul Akhir sehingga tersingkap kain kelambu Kaabah yang mulia. Dan kain kelambu itu adalah kain kelambu yang telah lama sejak dari tahun 640H lagi. Ia belum ditukar disebabkan ketiadaan (jemaah) haji di sepanjang tahun tersebut dr pihak khalifah.

Angin berterusan bertiup kencang sehingga menerbangkan kain kelambu Kaabah. Hilanglah syiar warna kehitaman pada Kaabah.

Hal tersebut merupakan petanda runtuhnya daulah Bani al'Abbas dan sebagai satu peringatan akan berlaku selepas itu pencerobohan Tatar, semoga Allah melaknat mereka (tentera Tatar). Pemimpin Yaman pada ketika itu Umar bin Rasul meminta izin dari Syeikh alHaram al'Afif (gelaran kepada individu yang menjaga hal-ehwal masjid alHaram) Mansur bin Mana'ah untuk memakaikan kain kelambu kepada Kaabah. Beliau disyaratkan agar memastikan kain kelambu tersebut mestilah ditanggung kosnya dari harta khalifah. Akan tetapi khalifah tidak memiliki harta, lalu beliau meminjam 300 dinar (wang emas) dan membeli kain cotton dan disimbahkan dengan warna hitam. Beliau juga melakukan hiasan sulaman benang di atasnya dan beliau memakaikannya pada Kaabah. Ketika itu Kaabah berada dalam keadaan tidak dipakaian kelambu selama 21 malam. 

---------------

Gambar di bawah berlaku pada hari Ahad, 8 Zulhijjah 1439H


Cetak  
Wallahu a'lam