Kata Ibn Kathir RH. al-Baihaqi meriwayatkan daripada al-Rabi' yang berkata:
al-Syafi'ie mengutuskan kepada ku sepucuk surat dari Mesir untuk Ahmad bin Hambal. Lalu aku mendatangi beliau yang baru selesai menunaikan solat Subuh. Daku serahkan kepadanya surat tersebut.
Kata beliau: "kamu telah membacanya?"
Aku menjawab: "tidak."
Lalu beliau mengambil dan membacanya. Tiba-tiba air matanya mengalir. Aku bertanya: "Wahai Abu 'Abdillah, apa yang ditulis di dalam surat itu?"
Jawab Ahmad: "Beliau (Imam Syafi'ie) menyebut bahawa beliau telah bermimpi melihat Rasulullah SAW. Baginda bersabda di dalam mimpi: "tuliskan kepada Abu Abdillah Ahmad bin Hambal dan sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya: "sesungguhnya engkau akan diuji, engkau akan dipanggil untuk menerima pandangan Khalq al-Quran. Maka jangan kamu memenuhi panggilan mereka, Allah akan menaikkan kedudukanmu hingga ke hari kiamat."
(alBidayah wa alNihayah 1/365 dan Tarikh Madinah Dimasyq oleh Ibn 'Asakir 5/312)