Aku Memilih Saudara Kandungku

Diceritakan alHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan tiga orang penjenayah, lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.
 
Kata alHajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari." Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: "Apa yang menyebabkan kamu menangis?"
Jawab wanita itu: "mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorangnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?"
 
Simpati dengan wanita tersebut, alHajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya. Kata alHajjaj: "pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan."
 
alHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya. Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung? Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian dengan katanya:
 
"AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU."
 
Terpanjat alHajjaj... dengan segera beliau bertanya: "kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?"
 
Jawab wanita itu: "Adapun suami itu masih ada." iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki lain. Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. Manakala saudara kandung adalah suatu yang tidak mungkin diperolehi lagi kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku."
 
alHajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah. 
 
Pengajaran: Saudara kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai saudara kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dgn mereka kerana ketiadaan mereka tiada gantinya lagi.
 

Cetak  
Wallahu a'lam