Abu Hurairah RA

Abu Hurairah RA أبو هريرة رضي الله عنه

Para ulama berbeza pendapat tentang namanya. Pandangan yang masyhurو namanya ketika Jahiliyyah ialah ‘Abd al-Syams عبد الشمس. Manakala ketika Islam, namanya yang masyhur ialah ‘Abd al-Rahman bin Sakhr al-Dawsiy al-Azdiy (عبد الرحمن بن صخر الدوسي الأزدي اليماني). Dilahirkan 19 tahun sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Ibn al-Mulaqqin di dalam al-I’lam menyatakan beliau dilahirkan pada tahun ke-31 selepas berlaku peristiwa bergajah. Ibunya bernama Maimunah binti Subaih.

Abu Hurairah memeluk Islam melalui dakwah seorang Sahabat nabi bernama al-Tufail bin ‘Amr al-Dawsiy ketika berumur 16 tahun. Beliau memeluk islam pada tahun berlakunya peperangan Khaibar tahun ke-7 Hijrah. Ada juga yang berpandangan pada tahun 6 Hijrah.

Beliau seorang yang berkulit gelap (warna tanah) أدم. Sentiasa bersama dengan Nabi SAW ke mana sahaja baginda pergi ketika orang lain sibuk berada di pasar-pasar. Seketika baginda SAW bersabda:

من يبسط رداءه حتى أقضي مقالتي ثم يقبضه إليه فلن ينسى شيئا سمعه مني، قال: فبسطت بردة علي حتى قضى حديثه ثم قبضتها إلي: فوالذي نفسي بيده ما نسيت بعد شيئا سمعته منه

Maksudnya: "Sesiapa yang membentangkan selendangnya sehingga daku selesai ucapan daku ini, kemudian dia menghimpunkan selendangnya itu kepada dirinya, maka dia tidak akan lupa apa-apapun yang didengarinya daripada aku." Kata Abu Hurairah: "Aku segera membentangkan selendangku, sehinggalah baginda selesai berucap, kemudian aku gengamkannya (selendang ku itu) kepada diriku. Demi tuhan yang jiwaku berada dalam gengaman-Nya, aku tidak lupa sedikitpun dari perkataan baginda yang aku dengan selepas dari peristiwa itu." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Perkara ini berlaku setelah Abu Hurairah mengada kepada baginda SAW dengan katanya:

إني أخشى أن أنسى ما أسمعه منك

yang bermaksud: "(Wahai Rasulullah SAW) sesungguhnya daku bimbang akan lupanya apa-apa yang daku dengar daripadamu."

Abu Hurairah RA adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi SAW. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau ialah sebanyak 5374 hadis. Tiada seorangpun sahabat lain yang meriwayatkan hadis sebanyak ini, tiada juga yang menghampiri jumlah ini. Al-Bukhari dan Muslim meriwatkan daripada beliau sebanyak 609 hadis, al-Bukhari sahaja sebanyak 93 hadis manakala muslim sebanyak 190 hadis.

Daripada Muhammad bin Qais bin Mukhramah katanya: “Seorang lelaki datang bertemu dengan Zaid bin Thabit dan bertanya tentang sesuatu, lalu Zaid berkata kepadanya:

عليك بأبي هريرة ; فإنه بينا أنا وهو وفلان في المسجد ندعو ، خرج علينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ; فجلس ، وقال : عودوا إلى ما كنتم . قال زيد : فدعوت أنا وصاحبي ، ورسول الله يؤمن . ثم دعا أبو هريرة ، فقال : اللهم ، إني أسألك مثل ما سألاك ، وأسألك علما لا ينسى . فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : آمين . فقلنا : ونحن نسأل الله علما لا ينسى . فقال : سبقكما بها الدوسي

Maksudnya: “Hendaklah kamu berjumpa dengan Abu Hurairah, kerana pernah satu hari ketika aku, beliau dan seorang lagi sahabat berada di dalam masjid, ketika itu kami sedang berdoa. Tiba-tiba Rasulullah SAW keluar dan menemui kami, lalu baginda duduk dan bersabda: “Teruskan apa yang kamu semua lakukan.” Zaid menyambung ceritanya: “Akupun berdoa bersama sahabatku yang seorang lagi. Rasulullah mengaminkan doa kami. Setelah itu Abu Hurairah pula  berdoa dengan menyebut: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu sama seperti doa yang dipohon oleh kedua-dua sahabatku tadi, dan aku juga memohon kepadaMu ilmu yang tidak dilupakan.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Amin.” Lalu kamupun berkata: “Dan sekarang kami juga memohon kepada Allah ilmu yang tidak dilupakan.” Baginda menjawab: “Telah mendahului kamu berdua lelaki al-Dawsiy ini.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mutadrak dan beliau menilainya sebagai sahih. Namun seorang rawi di dalam sanadnya yang bernama Hammad adalah seorang Dhaif menurut al-Zahabi (W748H). Lihat Siyar A’lam al-Nubalaa’ 2/600, tahkik oleh al-Syeikh Syu’aib al-Arnaouth. Cetakan ke-2, 1402H/1982M, Muassasah al-Risalah, Beirut)


Cetak  
Wallahu a'lam