SDI 0749: Susunan Anak Nabi SAW

 
 
Jawapan:
 
alQasim anak kandung Nabi SAW bukan anak angkat baginda. Manakala tentang siapa sulung dan siapa pula bongsu. Para ulama berbeza pandangan. Para ulama berbeza pandangan sama ada alQasim atau Zainab yang sulung. Setelah itu para ulama berbeza pandangan antara Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Ada yang mengatakan Fatimah lebih tua dari Ruqayyah dan Ummu Kalthum. Ada pula yg mengatakan Ruqayyah yang lebih tua dari Fatimah dan Ummu Kalthum. Ada pula yang mengatakan Ummu Kalthum lebih tua dari Fatimah dan Ruqayyah. Ada diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas yang mengatakan antara mereka bertiga, Ruqayyah adalah yang lebih tua. Manakala Ummu Kalthum adalah yang paling muda antara mereka bertiga. Setelah itu dilahirkan 'Abdullah, sebahagian ulama memilih pandangan yang mengatakan 'Abdullah dilahirkan oleh Khadijah selepas kenabian. Setelah itu Ibrahim yang dilahirkan oleh Mariah alQibtiyyah. (Lihat Zad alMaad 1/103)
 

Cetak  
Wallahu a'lam