SDI 0747: Berapa Orang Anak Nabi SAW?

 
Soalan: 
 
Berapa org semuanya anak nabi saw? Lelaki berapa org? Perempuan berapa org?
 
Jawapan:
 
Kesemua anak Nabi SAW ada 7 orang. 3 lelaki, 4 perempuan. Mereka ialah:
 
1) alQasim القاسم, kerana itu salah satu gelaran nabi SAW ialah Abu alQasim أبو القاسم SAW.
2) Abdullah, digelar juga sebagai alTohir الطاهر dan alTayyib الطيب.
3) Ibrahim. Beliau adalah anak bongsu Baginda SAW.
 
Kesemua anak lelaki baginda meninggal dunia ketika kecil.
 
4) Zainab زينب
5) Ruqayyah رقية
6) Ummu Kalthum أم كلثوم.
7) Fatimah.
 
Kesemua anak Baginda SAW lelaki mahupun perempuan dilahirkan oleh isteri baginda bernama Khadijah binti Khuwailid RA خديجة بنت خويلد melainkan Ibrahim yang dilahirkan oleh Mariah alQibtiyyah RA مارية القبطية. Kesemua mereka juga meninggal ketika baginda hidup, melainkan Fatimah yang meninggal dunia 6 bulan setelah kawafatan Nabi SAW.

Cetak  
Wallahu a'lam