Ya Allah, Mereka Berdua Sedangkan Daku Keseorangan

Daripada Yahya bin Abi Kathir katanya: 

أراد ابن مسعود أن يقوم من الليل يصلي، فأخذت امرأته بثوبه فقالت: علينا ليل, فقال: اللهم إنهما اثنان وأنا واحد، فأعني عليهما - يعني امرأته والشيطان - 

Maksudnya: "(pernah suatu malam) Ibn Mas'ud hendak bangun menunaikan solat malam. Tiba-tiba isterinya menarik bajunya seraya berkata: "Malam masih awal." Lalu segera beliau berkata: "Ya Allah, sesungguhnya mereka berdua (beliau maksudkan isterinya dan syaitan), sedangkan daku keseorangan, bantulah daku untuk melawan gangguan  mereka  berdua."

Daripada 'A'izullah bin Idris al-Kahulani (عائذ الله بن الخولاني) yang berkata: 

قام فينا عبد الله بن مسعود على درج هذه الكنيسة، فما أنسى أنه يوم خميس، فقال: يا أيها الناس، عليكم بالعلم قبل أن يرفع، فإن من رفعه أن يقبض أصحابه، ، وإياكم والتبدع، والتنطع، وعليكم بالعتيق، فإنه سيكون في آخر هذه الأمة أقوام يزعمون أنهم يدعون إلى كتاب الله، وقد نبذوا وراء ظهورهم

Maksudnya: "Ibn Mas'ud pernah bangun di atas tangga gereja ini (di Dimasyq). AKu tidak lupa, hari tersebut adalah hari Khamis. Beliau berkata: "Wahai sekelian manusia, tuntutlah ilmu sebelum ia diangkat. Sesungguhnya termasuk dalam diangkatnya ilmu ialah dimatikan ahlinya. Jauhilah kamu semua dari melakukan bid'ah dan melampau, berpeganglah dengan al'Atiq (merujuk sesuatu yang lama, iaitulah berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan dasar pegangan generasi yang awal). Sesungguhnya akan berlaku di akhir zaman golongan-golongan yang mendakwa mereka menyeru kepada kitab ALlah, sedangkan sesungguhnya mereka telah mencampakkan kitab Allah itu di belakang mereka.)" 

Beliaulah yang telah memenggal lehir Abu Jahal setelah dijatuhkan oleh dua anak lelaki 'Afra' (عفراء). Selain menyertai peperangan Badar, beliau juga menyertai Uhud, Khandak dan semua peperangan bersama Rasulullah SAW. (Tarikh Madinah Dimasyq 33/166, oleh al-Imam al-Hafidz, Abi al-Qasim, 'Ali bin al-Hasan ibn Hibatillah bin 'Abdillah al-Syafi'ie, masyhur dengan gelaran Ibn 'Asakir (499H-571M, tahkik 'Umar bin Ghuramah, cetakan Dar al-Fikr 1416H/1996M, Beirut Lebanon) 


Cetak  
Wallahu a'lam