Doa Imam Ahmad Yang Mustajab

Kata Imam Ibn Kathir RH ketika menceritakan kisah fitnah Khalq alQuran
 
"Datang seorang lelaki (kepada Imam Ahmad) sambil mengesat air matanya dengan hujung baju, seraya berkata: "Berat untuk aku (nyatakan kepadamu) wahai Abu 'Abdillah (gelaran Kuniah Imam Ahmad), bahawa al-Ma'mun (khalifah ketika itu) telah mengeluarkan pedang yang belum pernah dikeluarkannya sebelum ini, dia telah menghamparkan Nat'an (hamparan tempat dijatuhkan hukuman mati) yang belum pernah dihamparkannya sebelum ini. Dia juga bersumbah dengan hubungan qarabahnya dengan Nabi SAW, jika engkau tidak menerima pandangan Khalq alQuran, pasti dia membunuh engkau dengan pedangnya itu." 
 
Tiba-tiba Imam Ahmad melutut dan memandang ke arah langit seraya berdoa:
 
سيدي غر حلمك هذا الفاجر حتى يتجبر على أوليائك بالضرب والقتل ، اللهم فإن يكن القرآن كلامك غير مخلوق فاكفنا مؤنته
 
"Tuhanku, telah melimpah kelembutan-Mu ke atas penjahat ini (alMa'mun), sehingga dia bertindak angkuh ke atas orang ramai, memukul dan membunuh mereka. Ya Allah jika alQuran itu benar-benar kalam-Mu, bukan makhluk, lindungi kami dari kejahatannya."
 
Pada malam hari, ada suara yang berteriak memberitahu kematian Ma'mun pada 1/3 akhir malam tersebut. (alBidayah wa alNihayah 14/398)
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam