Diceritakan kononnya terdapat seorang Yahudi berjiran dengan Nabi SAW. Setiap hari dia akan meletakkan kotoran di hadapan pintu rumah Nabi SAW. Namun baginda tetap sabar. Kisah ini tidak benar, buktinya:
1) Di mana peristiwa ini berlaku? Yang pasti kisah ini TIDAK berlaku di Mekah, kerana tiada Yahudi di Mekah. Jika demikian, maka kisah ini berlaku di Madinah?
2) Jika kisah ini berlaku di Madinah... persoalannya, bagaimana seorang Yahudi boleh melakukan sedemikian kepada Nabi SAW??? Sedangkan para sahabat sentiasa bersama dengan baginda? Bukankah para sahabat amat sayangkan baginda? Apakah masuk akal para sahabat membiarkan Nabi diperlakukan sedemikian? sehingga baginda terpaksa membuang sendiri kotoran yang diletakkan oleh seorang Yahudi di hadapan rumah baginda? Ini menunjukkan kisah ini direka oleh orang yang tidak kenal sejarah Nabi dan para sahabat.