Peristiwa Belah Dada Baginda SAW

Tahun 49 Sebelum Hijrah Bersamaan 575 Masihi

Daripada Anas bin Malik RA:

أنَّ رسولَ الله صلَّى الله عَليهِ وسلَّم أتاهُ جبريلُ صلَّى الله عَليهِ وسلَّم وهو يلعبُ مع الغِلمانِ، فأخذهُ فصرعهُ، فشَقَّ عن قَلبِه، فاستخرجَ القلبَ، فاستخرجَ منه عَلَقَةً، فقال: هذا حَظُّ الشَّيطانِ منكَ، ثمَّ غسلهُ في طِسْتٍ من ذهبٍ بماءِ زمزمَ، ثمَّ لَأَمَهُ، ثمَّ أعادهُ في مكانِه، وجاء الغِلمانُ يَسعَون إلى أمِّه -يعني ظِئْرَهُ-فقالوا: إنَّ محمَّدًا قد قُتل، فاستقبلوه وهو مُنْتَقِعُ اللَّونِ". قال أنسٌ: «وقد كنتُ أَرى أثرَ ذلكَ المِخْيَطِ في صدرِه

maksudnya: "Bahawasanya Jibril datang menemui Rasulullah SAW, ketika itu baginda masih seorang kanak-kanak sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain.Jibril mengambil dan membaringkan baginda lalu membelah dada baginda dan Jibril mengeluarkan jantung baginda, diambil darinya seketul alaqah (darah beku) dan berkata: "Ini bahagian syaitan darimu. Kemudian Jibril membasuh jantung baginda di dalam bekas dari emas dengan air zam-zam, kemudian menggabungkan sebahagiannya dengan sebahagian lain, kemudian kembalikannya ke tempatnya. Budak-budak yang lain berlari menemui ibu (susuan) baginda dan memberitahu: "Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh." Mereka semua segera mendapatkan baginda dan baginda ketika itu seorang yang berubah warna (kulitnya) kerana ketakutan (pucat)." Kata Anas: "Sesungguhnya aku sendiri pernah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda."     

 


Cetak  
Wallahu a'lam