Tahun 42 Sebelum Hijrah Bersamaan 581 Masihi

Ketika Nabi SAW berumur 12 tahun, bapa saudara baginda Abu Talib bermusafir ke Busra di Sham atas urusan perniagaan dan membawa baginda bersamanya. Ketika sampai di Busra, mereka melalui seorang pendeta bernama Bahira (بَحيرَا boleh disebut Buhaira berdasarkan sebutan yang masyhur. Namun al-Syeikh al-Jazari الجزري membariskannya huruf Ba dengan baris fathah dan huruf Ha dengan kasrah), seorang yang alim kitab Injil dan memiliki pengalaman yang banyak. Bahira melihat Nabi SAW ketika itu, beliau memerhati dan bersembang dengan baginda SAW. Setelah itu Bahira pergi kepada Abu Talib dan bertanya: "Siapa dia budak bersama dengan kamu ini?" 

Jawab Abu Talib: "anakku (kerana terlalu sayang dengan baginda)." 

Kata Bahira: "Dia sepatutnya bukan anakmu. Sepatutnya bapa budak ini tidak hidup lagi." 

Jawab Abu Talib:  "Dia anak saudaraku." 

Kata Bahira: "Bagaimana dengan bapa budak ini?'  

Jawab Abu Talib: "Bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih di dalam kandungan ibunya."

Kata Bahira: "Benar katamu. kerana itu bawalah dia pulang ke negerinya dan awasi dia dari orang-orang Yahudi. Demi Allah, jika mereka melihat budak ini di sini pasti mereka berbuat buruk terhadapnya, kerana anak saudara kami ini memiliki kedudukan yang besar." 

Abu Talib segera bergegas pulang ke Mekah. 

al-Imam al-Tirmizi meriwayatkan: 

أنَّ أبا طالبٍ خرج إلى الشَّامِ، وخَرَج معه النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم في أشياخٍ من قُرَيشٍ؛ فلمَّا أشرَفوا -اقتَرَبوا- على الرَّاهِب -يَعني: بَحيرَا- هَبَطوا فحَلُّوا رِحالَهم؛ فخَرَج إليهمُ الراهبُ، وكانوا قبل ذلك يَمرُّون به فلا يخرُجُ إليهم ولا يَلتفِتُ إليهم، قال: وهم يَحُلُّون رِحالَهم؛ فجَعَل يَتخلَّلُهمُ الرَّاهبُ حتى جاء فأخَذ بيَدِ رسولِ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، فقال: هذا سيِّدُ العالَمين، هذا رسولُ ربِّ العالَمين، يبعَثُه اللهُ رحمةً للعالَمين، فقال له أشياخٌ من قُريشٍ: ما عِلمُك؟ قال: إنَّكم حين أشرفتُم من العقبةِ لم يبقَ شجرٌ ولا حجرٌ إلا خرَّ ساجدًا، ولا يَسجُدانِ إلا لنبيٍّ، وإنِّي أعرِفُه بخاتَمِ النبوَّةِ أسفلَ من غُضروفِ كَتِفِه مثلِ التُّفَّاحةِ، ثم رَجَع فصَنَع لهم طعامًا، فلمَّا أتاهم به، وكان هو -أي: الرسولُ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم- في رِعيةِ الإبلِ، قال: أرسِلوا إليه. فأقبَلَ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وعليه غَمامةٌ تُظِلُّه، فلما دنا من القَومِ، وَجَدَهم قد سَبَقوه إلى فيءِ -ظلِّ- الشَّجرةِ، فلمَّا جلس رسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم مالَ فَيءُ الشجرةِ عليه، فقال بَحيرَا: انظُروا إلى فَيءِ الشجرةِ مالَ عليه! قال: فبينما هو قائمٌ عليهم، وهو يُناشِدُهم ألَّا يَذهَبوا به إلى الرُّومِ؛ فإنَّ الرُّومَ إن رأوه عَرَفوه بالصِّفةِ فيقتُلونَه، فالْتفَتَ فإذا بسَبعةٍ قد أقبلوا من الرُّومِ فاستَقبَلَهم، فقال: ما جاء بكم؟ قالوا: جِئنا أنَّ هذا النبيَّ خارِجٌ في هذا الشَّهرِ، فلم يبقَ طريقٌ إلَّا بُعِثَ إليه بأُناسٍ، وإنَّا قد أُخبِرنا خَبَرَه، فبُعِثنا إلى طريقِك هذا، فقال: هل خَلَفَكم أحدٌ هو خيرٌ منكم؟ قالوا: إنَّما أُخبِرنا خَبَرَه إلى طريقِكَ هذا. قال: أفَرَأيتم أمرًا أراد اللهُ أن يقضيَه، هل يستطيع أحدٌ من الناس ردَّه؟ قالوا: لا، قال: فبايَعوه، وأقاموا معه عنده. قال: فقال الرَّاهبُ بَحيرَا: أنشُدكم اللهَ أيُّكم وَليُّه؟ قالوا: أبو طالب: فلم يزَل يُناشِدُه حتى ردَّه أبو طالِبٍ

maksudnya: "Bahawa Abu Talib keluar menuju ke Sham dan beliau membawa bersamanya Nabi SAW, untuk menyertai perjalanan tersebut yang disertai oleh pembesar-pembesar dan orang-orang berpengaruh Quraish. Apabila mereka menghampiri tempat Bahira, mereka singgah di situ dan membuka barang-barang perniagaan mereka. Ketika itu pendita Bahira datang kepada mereka. Sebelum itu, ketika mereka hampir dengan Bahira, beliau tidak pergi kepada mereka. Ketika mereka membuka dan menurunkan barangan perniagaan mereka, Bahira datang kepada mereka dan mencelah masuk dalam kumpulan mereka dan mendapatkan Nabi SAW, memegang tangan baginda SAW dan berkata: 

هذا سيِّدُ العالَمين، هذا رسولُ ربِّ العالَمين، يبعَثُه اللهُ رحمةً للعالَمين

maksudnya:  "Budak ini adalah penghulu sekelian alam. Budak ini adalah utusan tuhan sekelian alam. Allah akan mengutusnya membawa rahmat untuk sekelian alam." 

Lalu pembesar-perbesar quraish yang bersama dalam rombongan tersebut bertanya kepadanya: "bagaimana kamu tahu?" Jawab beliau: "Ketikamana kamu semua menghampiri Aqabah, tiada sepohon pokok dan batu melainkan tunjuk sujud (menghormati baginda). Mereka tidak akan tunduk sujud melainkan kepada seorang Nabi. Sesungguhnya  aku juga kenal beliau dengan cop kenabian yang ada pada atas papan bahunya seperti buah epal. Kemudian Bahira pulang ke rumahnya dan membuatkan makanan untuk baginda. Ketika beliau datang semula, baginda SAW ketika itu telah berada di atas unta. Kata Bahira: "Panggil budak itu (Nabi SAW)." Maka Nabi SAW datang kepadanya, ketika itu terdapat sekumpulan awan yang menaungi baginda. Apabila baginda menghampiri mereka, baginda mendapati mereka telahpun mendahului baginda berteduh di bawah sepohon pokok. Apabila Rasulullah SAW duduk, ranting-ranting pokok itu condong kepada baginda (menaungi baginda dari panas). Kata Bahira: "Lihatlah ranting-ranting pokok itu, condong kepadanya." Beliau terus berkata dalam keadaan berdiri dan bersumpah supaya jangan dibawa baginda pergi ke Rom. Kerana di Rom, jika orang-orang Yahudi melihat baginda sudah pasti mereka mengenali baginda dengan sifat yang ada pada baginda dan mereka akan menbunuh baginda. (Bahira bercerita kepada mereka) terdapat tujuh orang rombongan dari Rom yang telah datang ke situ dan beliau menyambut mereka dan berkata: "Apa urusan kamu semua datang ke sini?" Mereka  menjawab: "Kami datang ke sini kerana nabi akhir zaman akan keluar (bermusafir ke sini) dalam bulan ini (ketika ia masih kanak-kanak). Semua tempat ada wakil yang diutuskan kerana kami mendapat tahu tentang nabi tersebut akan datang ke tempat kamu ini. Kerana itu kami sampai di sini." Tanya Bahira: "Apakah di belakang kamu semua ada orang yang lebih baik dari kamu semua (yang datang ke sini dari Rom bukan untuk mencari nabi kahir zaman dan hendak membunuhnya)?" Jawab orang itu: "Kami hanya diberitahu kanak-kanak yang akan dibangkitkan sebagai nabi akhir zaman itu akan sampai di tempat kamu ini." Kata Bahira kepada mereka: "Apakah kamu semua merasakan ada sesuatu perkara yang dikehendaki oleh ALlah untuk berlaku, ada pula seseorang lain yang dapat menghalangnya dari berlaku? Mereka menjawab: "tiada (seseorangpun yang dapat menghalangnya)." Lalu mereka (rombongan Quraish) berjanji akan menjaga Nabi Muhammad SAW, mereka berlindung dengan Bahira beberapa hari. Bahira bertanya kepada mereka: "Dengan nama Allah siapakah penjaga budak ini (Nabi SAW)?" Mereka menjawab: "Abu Talib." Bahira berterusan meminta Abu Talib memelihara baginda sehinggalah Abu Talib membawa baginda pulang semula ke Mekah." 


Cetak  
Wallahu a'lam