Pernah Berlaku Bidaah Pada Tathwib Sehingga Menjadikan Sebahagian Fuqaha Terkeliru
Kata alImam alTirmizi:
"Para ulama berbeza pandangan pada menerangkan apa itu tathwib. Sebahagian mereka menyatakan: alTathwib ialah ungkapan yang disebut dalam azan Subuh iaitulah الصلاة خير من النوم. Inilah kenyataan Ibn alMubarak dan Ahmad. Ishak (bin Rahawaih) ada menyebut tathwib selain dari yang ini dengan katanya: "tathwib yang dibenci iaitulah apa-apa yang direka oleh orang ramai selepas kewafatan Nabi SAW. Apabila orang ramai berlengah (hadir ke masjid) setelah azan dilaungkan, maka mereka menambah antara azan dengan iqamah laungan: "قد قامت الصلاة، حي على الصلاة، حي على الفلاح".
Di kalangan fuqaha yang beranggapan tathwib adalah ungkapan yang direka ini ialah fuqaha Hanafi. Kata alHafidz azZaila'ie الزيلعي di dalam Nasb alRayah:
"Ulama (fuqaha) berbeza pandangan tentang tathwib. Para sahabat kami iaitulah fuqaha mazhab Hanafi berpandangan tathwib ialah laungan antara azan dan iqamah حي على الصلاة، حي على الفلاح dua kali."
Kata alTuribisyti التوربشتي: "Adapun seruan menunaikan solat yang terbiasa pada orang ramai selepas azan. Ia dilaungkan di pintu-pintu masjid. Ia adalah bidaah, termasuk dalam bahagian bidaah yang ditegah." (Lihat Tufah alAhwazi 1/506-507)
at-Turibisyti adalah Fadhlullah bin alHasan فضل الله بن الحسن التوربشتي، تاج الدين والملة، أبو عبد الله, (W661H), seorang faqih mazhab Hanafi. Menulis dalam bahasa Parsi dan Arab. Antara tulisan dalam bahasa Arab beliau ialah:
1. مطلب الناسك في علم المناسك
2. الميسر في شرح مصابيح السنة للبغوي.
3. المعتمد في المعتقد