al-Imam alNawawi berkata:
"Para ulama berbeza pandangan apakah beliau seorang nabi. Kata Abu Ishak al-Tha'labiy: Para ulama telah bersepakat beliau seorang yang bijaksana dan bukan seorang nabi, melainkan 'Ikrimah yang berpendapat beliau adalah seorang nabi, 'Ikrimah menyendiri dengan pendapatnya ini. adapun anak Luqman yang dinasihati agar jangan mensyirikkan ALlah, dikatakan namanya ialah An'um (أَنْعُمُ), dikatakan juga namanya ialah Misykam (مِشْكَمُ)." (Lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi. Kitab al-Iman, Bab Sidq al-Iman wa Ikhlasihi. hadith bilangan: 124. Cetakan Dar al-Khair. tahun: 1416H/1996M)
al-Imam Ibn Kathir pula berkata:
"(Luqman) Beliau ialah Luqman bin 'Anqaa' bin Saduun (لُقْمَانُ بْنُ عَنْقَاءَ بْنِ سَدُونَ). anak beliau pula bernama: Tharaan (ثَارَانُ), dalam pandangan yang dihikayatkan oleh al-Suhaili." (Lihat Tafsir Ibn Kathir. Dar Tayyibah. Tahun: 1422H/2002M. Tafsir Surah Luqman: 13)