Safar dalam sejarah Nabi SAW

Menggerakan operasi peperangan al-Abwa (الأبواء) atau dikenali juga sebagai Waddan (ودّان). Berlaku pada tahun ke-2 H. Ia merupakan peperangan pertama yang melibatkan Nabi SAW. Ia juga merupakan peperangan yang disertai oleh kaum Muhajiran sahaja, iaitu seramai 70 orang. Bendera berwarna putih dibawa oleh Hamzah bin Abd al-Mutallib. Pemerintahan Madinah dipangku oleh Sa'ad Ibn Ubadah. Namun operasi ini tidak berlaku pertempuran. Sebaliknya berlaku perjanjian damai antara baginda dengan Makhsiyy ibn 'Amr al-Dhamriy (مخشي بن عمرو الضمري), iaitu pemimpin Bani Dhamrah (بني ضمرة). Kemudian baginda pulang. Pemergian baginda dalam peristiwa ini selama 15 mlm.


Cetak  
Wallahu a'lam