Nabi SAW menyatakan Allah SWT berfirman kepada Ahli peperangan Badr:
اعملوا “lakukanlah apa yang kamu semua kehendaki, Aku telah memberi keampunan kepada kamu semua.” Ia berupa satu kemuliaan kepada sahabat yang menyertai peperangan Badr. Ia bukan bermaksud mereka bebas melakukan apa sahaja dan tidak boleh dihukum. Sebaliknya perkataan itu dikhususkan untuk mereka hanya berkaitan hukuman di akhirat. Dalam ertika kata lain, di akhirat kelak, jika ada di kalangan mereka melakukan apa-apa kesalahan di dunia, mereka akan mendapat keampunan di akhirat dari Allah SWT.
Namun jika ternyatakan mereka ada melakukan kesalahan ketika di dunia, mereka tetap dikenakan hukuman. Buktinya iaitulah Nabi SAW telah melaksanakan hukum had ke atas Mistah. Demikian juga ‘Umar telah melaksanakan hukum had ke atas beberapa ahli Badr.
Tuan-tuan ingat nama Mistah? Beliau seorang sahabi Badri, seorang yang menyertai peperangan Badr. Apa kesalahan Mistah? Beliau antara orang yang terbabit menyebarkan fitnah ada hubungan dengan Safwan bin Muattal. Jadi apabila turun surah al-Nuur, ayat 11 hingga 20 atau 21, membersihkan nama ‘Aisyah RA, lalu beliau dihukum had qazaf oleh Rasulullah SAW.
Jadi kelebihan untuk ahli Badr adalah khas di akhirat. Kesalahan yang dia lakukan di dunia akan mendapat keampunan Allah di akhirat. Tapi jika dia melakukan kesalahan dan disabitkan, dia berhak dikenakan hukuman oleh pemerintah.
Kemudian, dia sebut di sini, satu perkara yang perlu kita beri perhatian, beliau nukilkan perkataan Ibn Hajar:
ولا يلزم من وجود الصلاحية لشيء وقوعه، ولقد أظهر الله تعالى صدق رسوله ﷺ في كل ما أخبر عنه بشئ من ذلك؛ فإنهم لم يزالوا على أعمال أهل الجنة إلى أن فارقوا الدنيا، وإن قدر صدور شئ من أحدهم لبادر إلى التوبة ولازم الطريق المثلى وَيَعْلَمُ ذلك من أحوالهم بالقطع مَن اطلع على سيرتهم
maksudnya: “Tidak semestinya jaminan kebaikan kepada seseorang, dia tidak melakukan kesalahan.” Ahli badar walaupun ada jaminan mereka ini memiliki iman yang benar, ada jaminan kelebihan dari Allah SWT, berlaku juga beberapa kesalahan daripada mereka. Kemudian kata Ibn Hajar: “dan Allah telah menzahirkan benarnya perkhabaran Nabi tentang mereka, sesungguhnya kesemua ahli Badr, mereka itu sentiasa di atas amalan ahli syurga” yakni melakukan ketaatan kepada Allah, walaupun ada beberapa orang dari kalangan mereka ada melakukan beberapa kesalahan dan kesilapan. “Kalaupun ada berlaku pada mereka perkara-perkara yang salah” dosa dan maksiat sebagai contoh, kata al-Hafidz: لبادر إلى التوبة “dia akan segera bertaubat” ولازم الطريق المثلى “dia akan tetap di atas jalan yang terbaik. Perkara ini dapat dikenal pasti oleh sesiapa yang memerhatikan perjalanan kehidupan mereka.”
Semua ahli Badr meninggal dunia atas amalan ahli syurga. Kalaupun ada beberapa kesilapan yang mereka lakukan, pasti mereka akan segera bertaubat. Dan ini perkara yang kita semua kena tahu. Kerana itu, kalau sahabat yang dijamin syurga oleh Allah dan Rasul, tetap tak ada jaminan bebas dari kesalahan, maka bagaimana wali? sudah tentu wali juga tak ada jaminan bebas dari kesilapan dan kesalahan. kerana itu jangan kita taasub kepada sesiapapun. Kita muliakan para sahabat, kita juga memuliakan para wali. Tetapi bukan bermaksud setiap apa yang mereka lakukan atau katakan, sekalipun zahirnya salah, kita masih nak pertahankan. Inilah yang diajarkan di dalam hadis-hadis Nabi SAW berdasarkan kefahaman para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah.