SDI 1573: Kenapa Nabi SAW Tidak Menjatuhkan Hukuman Kepada Orang Munafiq?

Soalan:


Ustaz masa zmn nabi org munafik itu nabi dah tahu kan??tapi nabi tetap hukum mereka islam ke?


Kedua, betul ke kalau lepas amik wudhu lepastu kita lap air wudhu tu hukumnya makruh?


Jawapan:

 

1. Golongan munafiq ialah mereka yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan Islam. Nabi SAW kenal orang-orang munafiq yang ada di zaman baginda. Sikap orang munafiq yang menzahirkan Islam menyebabkan baginda SAW kekal bermuamalah atau berinteraksi dengan mereka sebagai orang Islam. Demikian juga baginda tidak menjatuhkan hukuman ke atas orang munafiq bagi mengelak fitnah yang lebih besar. Dalam Sahih Muslim terdapat hadis yang menceritakan ‘Umar bin al-Khattab RA pernah meminta izin kepada Nabi SAW untuk membunuh ketua munafiq Madinah, Abdullah bin Ubai bin Salul. Lalu baginda SAW menjawab:

دَعْهُ، لا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

Maksudnya: “Biarkan dia (wahai ‘Umar), jangan nanti orang ramai mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.”

 

2. Makruh menurut pandangan ulama mazhab Syafi'e kerana kesan ketaatan di badan adalah suatu yang disukai oleh Allah. Oleh itu sengaja menghilangkan kesan ketaatan yang disukai oleh Allah tersebut adalah suatu yang makruh.


Cetak  
Wallahu a'lam