Ibn 'Umar RA Antara Sahabat Yang Buta Di Hujung Usia

Imam Malik RH dalam al-Muwatta' meriwayatkan daripada Nafi' yang berkata:

كَانَ إذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ يَتَوَضَّأُ فَيَغْسِلُ وَجْهَهُ وَيَنْضَحُ فِي عَيْنَيْهِ

Maksudnya: "Dahulunya Ibn' Umar, apabila berwudh' untuk mandi junub, ketika membasuh mukanya, beliau akan merenjiskan air ke dalam dua matanya."

Athar ini sahih daripada Ibn 'Umar, riwayat Malik, alBaihaqi dan lainnya. Namun dalam semua riwayat mereka tiada pernyataan: حَتَّى عَمِيَ "Sehingga beliau buta", seperti yang dinukilkan oleh alSyirazi dalam alMuhazzab.

Ungkapan: "Sehingga beliau buta" boleh difahami beliau menjadi buta dengan sebab memasukkan air ke dalam mata ketika berwudhu. Boleh juga difahami beliau buta kerana sebab lain, lalu athar ini difahami maksudnya: "Beliau berterusan membasuh kedua matanya (ketika berwudhu), dan berhenti membasuhnya apabila buta."

Ibn alA'rabi dalam Tahzib alLughah oleh alAzhari menyatakan:

وكان عبد الله ابن عُمَرَ قَدِعًا

Maksudnya: "Ibn 'Umar RA adalah seorang qadi'an قَدِعا iaitu banyak menangis."

Zahir riwayat ini menunjukkan beliau buta kerana banyak menangis. Berkemungkinan juga beliau buta disebabkan kedua²nya. WA


Cetak  
Wallahu a'lam