Soalan:
Saya tengak gambar-gambar maqam Ibrahim ada kesan dua tapak kai. Apakah itu kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim?
Jawapan:
Makam Ibrahim adalah seketul batu yang baginda Nabi Ibrahim SAW berdiri di atasnya ketika membina Kaabah. Baginda Nabi Ibrahim memerlukan batu tersebut untuk berdiri di atasnya apabila binaan bangunan Kaabah menjadi lebih tinggi dari ketinggian baginda. Batu tersebut diletakkan oleh Nabi Ismail.
Adapun kesan dua tapak kaki yang ada di maqam Ibrahim pada hari ini, bukanlah kesan atau bekas sebenar dua telapak kaki baginda Nabi Ibrahim AS. Kesan atau bekas tersebut diukir kemudian setelah kesan dan bekas sebenar tapak kaki Nabi Ibrahim luntur dan hilang disebabkan orang ramai pergi meyapu dan menggosoknya.
Ibn Kathir RH dalam al-Bidayah wa al-Nihayah 1/379 berkata:
وَقَدْ كَانَتْ آثَارُ قَدَمَيِ الْخَلِيلِ بَاقِيَةً فِي الصَّخْرَةِ إِلَى أَوَّلِ الْإِسْلَامِ
Maksudnya: “Dan kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim AS tetap ada di batu itu (Maqam Ibrahim) hingga zaman awal Islam."
Dalam tafsirnya 1/417, Ibn Kathir RH berkata:
وَكَانَتْ آثَارُ قَدَمَيْهِ ظَاهِرَةٌ فِيهِ، وَلَمْ يَزَلْ هَذَا مَعْرُوفًا تَعْرِفُهُ الْعَرَبُ فِي جَاهِلِيَّتِهَا؛ وَلِهَذَا قَالَ أَبُو طَالِبٍ فِي قَصِيدَتِهِ الْمَعْرُوفَةِ اللَّامِيَّةِ:
ومَوطئُ إِبْرَاهِيمَ فِي الصَّخْرِ رَطْبَةٌ ... عَلَى قَدَمَيْهِ حَافِيًا غَيْرَ نَاعِلِ
وَقَدْ أَدْرَكَ الْمُسْلِمُونَ ذَلِكَ فِيهِ أَيْضًا. وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ: أَخْبَرَنِي يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ: أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُمْ، قَالَ: رَأَيْتُ الْمَقَامَ فِيهِ أَثَرُ أَصَابِعِهِ، وإخْمَص قَدَمَيْهِ، غَيْرَ أَنَّهُ أَذْهَبَهُ مَسْحُ النَّاسِ بِأَيْدِيهِمْ. وَقَالَ ابْنُ جَرِيرٍ: حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيع، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ، عَنْ قَتَادَةَ: ﴿وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى﴾ إِنَّمَا أُمِرُوا أَنْ يُصَلُّوا عِنْدَهُ وَلَمْ يُؤَمَرُوا بِمَسْحِهِ. وَلَقَدْ تَكَلَّفَتْ هَذِهِ الْأُمَّةُ شَيْئًا مَا تَكَلَّفَتْهُ الْأُمَمُ قَبْلَهَا، وَلَقَدْ ذُكِرَ لَنَا مَنْ رَأَى أَثَرَ عَقِبِه وَأَصَابِعِهِ فِيهِ فَمَا زَالَتْ هَذِهِ الْأُمَّةُ يَمْسَحُونَهُ حَتَّى اخْلَوْلَقَ وَانْمَحَى
"Dahulunya kesan kedua tapak kaki baginda kelihatan jelas pada batu maqam Ibrahim, kesan dan bekas tersebut kekal ada dan diketahui oleh masyarakat ‘Arab ketika zaman jahiliyyah. Kerana itu Abu Talib berkata dalam qasidahnya: “dan tempat pijak Ibrahim pada batu (maqam Ibrahim) pada asalnya ada lembapan. Baginda memijaknya dengan berkaki ayam tidak berkasut.” Umat Islam dahulunya sempat melihat kesan tersebut. Kata ‘Abdullah bin Wahb: “Menceritakan kepadaku Yunus bin Yazid daripada Ibn Syihab, bahawa Anas bin Malik RA menceritakan kepada mereka dengan katanya: “Aku pernah melihat maqam Ibrahim, padanya terdapat bekas jari-jari baginda dan kesan telapak kedua-dua kaki baginda. Cumanya kesan itu telah hilang disebabkan sapuan dan sentuhan tangan-tangan manusia.” Kata Ibn Jarir RH: “Bisyr bin Mu‘az menceritakan kepada kami katanya; Yazid bin Zura’ menceritakan kepada kami, katanya Sa‘id menceritakan kepada kami daripada Qatadah tentang firman Allah: “Dan jadikanlah Makam Ibrahim itu sebagai tempat menunaikan solat.” Umat Islam hanya disuruh untuk solat berhampiran dengan maqam Ibrahim, mereka bukan disuruh untuk mengusapnya. Namun umat ini telah berlebihan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh umat-umat sebelumnya. Telah dinyatakan kepada kami oleh orang yang melihat kesan tumit dan jari-jari kaki baginda yang terdapat di maqam Ibrahim. Namun umat ini terus mengusapnya hingga luntur kesan tersebut dan hilang."
Kata al-Syeikh Ibn Uthaimin RH dalam Fatawa Arkan al-Islam 1/547:
لا شك أن مقام إبراهيم ثابت وأن هذا الذي بني عليه الزجاج هو مقام إبراهيم، لكن الحفر الذي فيه لا يظهر أنها أثر القدمين، لأن المعروف من الناحية التاريخية أن أثر القدمين قد زال منذ أزمنة متطاولة، ولكن حفرت هذه أو وضعت للعلامة فقط، ولا يمكن أن نجزم بأن هذا الحفر هو موضع قدمي إبراهيم عليه الصلاة والسلام
Maksudnya: "Tidak diragukan bahawa Makam Ibrahim itu suatu yang pasti dan batu di dalam binaan kaca (yang ada pada hari ini) itu adalah Makam Ibrahim. Namun lubang yang ada pada batu tersebut tidak menunjukkan bahawa itu adalah kesan kedua tapak kaki Nabi Ibrahim, kerana sedia dimaklumi dari sejarah bahawa kesan dua tapak kaki baginda yang sebenar telah hilang sejak zaman yang lama. Namun, batu itu dilubangi hanya sebagai tanda sahaja, dan kita tidak boleh meletakkan kepastian bahawa lubang yang ada itu adalah tempat kedua kaki Ibrahim AS."
Ibn Kathir RH juga (1/294) berkata:
وَقَدْ كَانَ هذا الْمَقَامُ مُلْصَقًا بِجِدَارِ الْكَعْبَةِ قَدِيمًا وَمَكَانُهُ مَعْرُوفٌ الْيَوْمَ إِلَى جَانِبِ الْبَابِ مِمَّا يَلِي الْحَجَرَ يُمْنَةَ الدَّاخِلِ مِنَ الْبَابِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُسْتَقِلَّةِ هُنَاكَ، وَكَانَ الْخَلِيلُ لَمَّا فَرَغَ مِنْ بِنَاءِ الْبَيْتِ وَضَعَهُ إِلَى جِدَارِ الْكَعْبَةِ أَوْ أَنَّهُ انْتَهَى عِنْدَهُ الْبِنَاءُ فَتَرَكَهُ هُنَاكَ وَلِهَذَا، وَاللَّهُ أَعْلَمُ، أُمِرَ بِالصَّلَاةِ هُنَاكَ عِنْدَ الفراغ من الطَّوَافِ، وَنَاسَبَ أَنْ يَكُونَ عِنْدَ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ حَيْثُ انْتَهَى بِنَاءُ الْكَعْبَةِ فِيهِ، وَإِنَّمَا أَخَّرَهُ عَنْ جِدَارِ الْكَعْبَةِ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَحَدُ الْأَئِمَّةِ الْمَهْدِيِّينَ وَالْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الَّذِينَ أُمِرْنَا بِاتِّبَاعِهِمْ، وَهُوَ أَحَدُ الرَّجُلَيْنِ اللَّذَيْنِ قَالَ فِيهِمَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ «اقْتَدَوْا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ» وَهُوَ الذي نزل القرآن بوفاته فِي الصَّلَاةِ عِنْدَهُ، وَلِهَذَا لَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ أحد من أصحابه أَجْمَعِينَ
Maksudnya: “Dahulunya makam Ibarahim ini terletak bersentuhan dengan dinding Kaabah, dan kedudukan maqam Ibrahim pada hari ini diketahui berada di sisi pintu yang berada selepas hajar aswad, sebelah kanan seorang yang masuk ke Kaabah dari pintunya, dan ia berapa pada kawasan yang terpisah. Dahulu, ketika Nabi Ibrahim AS selesai membina Kaabah, baginda meletakkan batu maqam berdekatan dengan dinding Kaabah, atau selesai binaan Kaabah di kedudukan maqam Ibrahim tersebut, lalu baginda meninggalkan maqam di situ. Oleh itu, dan Allah yang lebih mengetahui, diperintahkan solat di situ setelah selesai tawaf, dan adalah sesuai menunaikan solat berhampiran Makam Ibrahim, di mana ia adalah tempat pembinaan Kaabah selesai. Namun, Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab RA telah yang mengubah kedudukan makam Ibrahim ini jauh dari dinding Kaabah. Beliau adalah salah seorang pemimpin yang mendapat petunjuk dan termasuk dalam kalangan Khulafa’ Rasyidin yang diperintahkan untuk diikuti. Beliau adalah salah seorang dari dua orang yang disebut oleh Rasulullah SAW “Ikutlah dua orang setelahku, iaitulah Abu Bakar dan Umar.” Dan beliau juga yang diturunkan ayat al-Qur’an bertepatan dengan pandangannya mengenai kematian Abdullah bin Ubai ketika baginda SAW ingin menunaikan solat untuknya, oleh itu tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat yang membantaj tindakannya itu."
”