Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isterinya yang mulia mempunyai banyak hikmah dari sudut syariah, pendidikan, dan dakwah. Dalam beberapa perkahwinan tersebut, Baginda SAW bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara umat Islam dengan beberapa kabilah, bagi mewujudkan keamanan dan menggalakkan mereka memeluk Islam. Contohnya, perkahwinannya dengan Juwairiyah binti Al-Harith (جويرية بنت الحارث), Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan (أم حبيبة رملة بنت أبي سفيان), dan Safiyyah binti Huyay bin Akhtab (صفية بنت حيي بن أخطب).
Sebahagian perkahwinan Baginda juga bertujuan untuk memuliakan para syuhada yang telah gugur di medan perang, meninggalkan balu yang tidak mampu menghadapi kesukaran hidup. Contohnya, perkahwinan dengan Ummu Salamah (أم سلمة), Zainab binti Khuzaimah (زينب بنت خزيمة), dan Saudah binti Zam’ah (سودة بنت زمعة). Selain itu, ada juga perkahwinan yang mempunyai tujuan syariah, seperti membatalkan sistem anak angkat (tabanni) melalui perkahwinan dengan Zainab binti Jahsy (زينب بنت جحش). Sebahagian lagi bertujuan untuk mempererat hubungan antara Baginda SAW dengan sahabat-sahabatnya yang mulia, seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab RA, melalui perkahwinan Baginda dengan Aisyah (عائشة) dan Hafsah (حفصة) RA sebagai penghormatan kepada mereka.
Hafsah Binti Umar RA
Menurut Abu Nu’aim dalam kitab Ma’rifat Ash-Sahabah dan Ibnu Sayyid An-Nas dalam Uyûn Al-Athar:
حفصة بنت عمر بن الخطاب رضي الله عنهما، أخت عبد الله لأبيه وأمها زينب بنت مظعون بن حبيب بن وهب بن حذافة، أخت عثمان بن مظعون. وقد تزوجها النبي صلى الله عليه وسلم سنة ثلاث من الهجرة، وكانت قبله عند خُنيس بن حذافة بن قيس بن عدي بن سعد وكان بدرياً شهد بدراً مع النبي صلى الله عليه وسلم ومات بالمدينة، وكانت رضي الله عنها صوَّامة قوَّامة، وُلِدَت قبل المبعث بخمس سنين وكانت وفاتها في شعبان سنة خمس وأربعين رضي الله عنها وأرضاها
Hafsah adalah anak perempuan Umar bin Al-Khattab RA, saudara perempuan Abdullah dari sebelah bapa. Ibu Hafsah adalah Zainab binti Maz’un bin Hubaib bin Wahb bin Hudhafah, saudara perempuan Uthman bin Maz’un (saudara susuan Nabi SAW). Nabi SAW menikahinya Hafsah pada tahun ketiga hijriyyah, setelah suaminya sebelum itu, Khunais bin Hudzafah bin Qais bin ‘Adiy bin Sa‘ad, seorang Badri atau dari kalangan mereka yang menyertai peperangan Badar bersama Rasululllah SAW) meninggal dunia di Madinah. Hafsah RA terkenal sebagai seorang wanita yang banyak berpuasa dan beribadah, dilahirkan lima tahun sebelum kenabian, dan wafat pada bulan Syaaban tahun 45 Hijriyyah.
Lamaran Hafsah
Abdullah bin Umar RA berkata:
حين تأيَّمَت حفصة بنت عمر مِنْ خُنَيس بن حذافة السهمي، وكان من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم قد شهد بدرا توفي بالمدينة، قال عمر: فلقيتُ عثمان بن عفان فعرضتُ عليه حفصة فقلتُ: إن شئتَ أنكحتك (زوَّجْتُك) حفصة بنت عمر، قال: سأنظر في أمري، فلبثتُ ليالي فقال: قد بدا لي أن لا أتزوج يومي هذا. قال عمر: فلقيتُ أبا بكر فقلت: إن شئتَ أنكحتك حفصة بنت عمر، فصمتَ أبو بكر فلم يرجع إليَّ شيئا، فكنتُ عليه أوْجد (أحْزن) مني على عثمان. فلبثتُ ليالي، ثم خطبها رسول الله صلى الله عليه وسلم فأنكحتُها (فزوجْتُها) إياه. فلقيني أبو بكر فقال: لعلك وجدت عليَّ حين عرضْتَ عليَّ حفصة فلم أرجع إليك؟ قلتُ: نعم، قال: فإنه لم يمنعني أن أرجع إليك فيما عرضت إلا أني قد علمتُ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد ذكرها، فلم أكن لأفشي سر رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولو تركها النبي صلى الله عليه وسلم لقبِلْتُها
Apabila Hafsah menjadi balu, Khunais bin Hudzafah As-Sahmi yang merupakah salah seorang sahabat Nabi SAW dan beliau meninggal dunia di Madinah. ‘Umar berkata: “Aku bertemu dengan ‘Uthman bin ‘Affan dan menawarkan Hafsah untuk dinikahi. Aku berkata: “Jika kamu mahu (anakku), aku nikahkan engkau dengan Hafsah binti ‘Umar.” Jawab Uthman: “Beri aku masa untuk berfiki.” Lalu kata ‘Uthman: “Aku telah berfikir beberapa hari dan ternyatakan keputusanku, tidak menikah dalam waktu terdekat ini.” Kata ‘Umar: “Aku bertemu dengan Abu Bakr dan berkata: “Jika kamu mahu (anakku),aku nikahkan engkau dengan Hafsah binti ‘Umar.” Namun Abu Bakar mendiamkan dirinya tanpa sebarang jawapan. Aku merasa lebih kecewa terhadap Abu Bakar daripada Uthman. Beberapa hari kemudian, Rasulullah SAW meminang Hafsah. Maka aku mengahwinkan Hafsah dengan baginda. Selepas perkahwinan itu, Abu Bakar datang bertemu denganku dan berkata: “Mungkin engkau kecewa kerana aku tidak memberi jawapan ketika engkau menawarkan Hafsah kepadaku.” ‘Umar menjawab: “Ya!” Abu Bakar menyambung: “Tiada sesuatu yang menghalang aku dari memberi jawapan, melainkan aku pernah dengar baginda menyebut tentang Hafsah. Da aku tidak mahu membuka rahsia Baginda. Jika Rasulullah tidak menikahinya, aku pasti akan menerima tawaranmu.” (Riwayat Al-Bukhari)
Terdapat beberapa pelajaran penting dari kisah Umar bin Al-Khattab RA yang menawarkan anak perempuannya, Hafsah, kepada lelaki-lelaki soleh untuk menikahinya:
- Boleh seorang bapa menawarkan anak perempuannya untuk dinikahi oleh lelaki yang berakhlak dan soleh, berdasarkan perbuatan Umar RA menawarkan Hafsah kepada Uthman bin Affan dan Abu Bakar As-Siddiq RA. Ini kerana ‘Umar melihat mereka berdua sebagai lelaki yang soleh dan sesuai. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kekurangan atau aib bagi seorang bapa untuk mencari pasangan yang baik untuk anak perempuannya.
- Kebebasan untuk membuat pilihan. Jika lelaki itu merasakan tiada keperluan untuk dia berkahwin, maka hendaklah dia maklumkan penolakannya itu kepada wali Wanita secara baik dan beradab, agar tawaran tersebut boleh diberikan kepada orang lain pula. Hal ini berdasarkan perkataan Uthman: “Aku telah berfikir beberapa hari dan ternyatakan keputusanku, tidak menikah dalam waktu terdekat ini.” Tentang tindakan Abu Bakar, beliau tidak menyatakan tidak mahu, kerana beliau memiliki keinginan itu. Abu Bakar memilih untuk berdiam kerana mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah menyebut tentang Hafsah.
- Adab dan keikhlasan Abu Bakar akhirnya menjelaskan kepada Umar bahawa dia berdiam diri kerana tidak ingin membuka rahsia Rasulullah SAW. Ini menunjukkan pentingnya menjaga rahsia dan adab ketika menangani situasi seperti ini.
- Reaksi Umar RA yang merasa lebih kecewa kepada Abu Bakar memiliki dua kemungkinan sama ada kerana Abu Bakar yang lebih akram dengannya berbanding ‘Uthman atau disebabkan diamnya Abu Bakar, berbeza dengan ‘Uthman yang berterus-terang. Namun, setelah mengetahui alasan Abu Bakar, Umar memahami dan menerima dengan baik. (Lihat Syarh Ibn Battal ‘Ala Sahih al-Bukhari)
Kisah Nabi SAW Merujuk Hafsah RA
Nabi Muhammad SAW pernah menceraikan Hafsah dengan satu talak, tetapi Baginda kemudian merujuknya kembali atas perintah Allah SWT. Abdullah bin Umar RA meriwayatkan:
أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم كان طلَّقَ حفصَةَ ثمَّ راجعها
“Bahawa Nabi SAW pernah menceraikan Hafsah dan kemudian merujuknya kembali.” (Riwayat al-Nasa’ie dan dinilai sahih oleh al-Albani)
Daripada Qais bin Yazid R (قيس بن يزيد), beliau meriwayatkan:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم طلق حفصة تطليقة، فأتاها خالاها عثمان وقُدَامَة ابنا مظعون، فقالت: والله ما طلقني عن شبع (نقص)، فجاء النبي صلى الله عليه وسلم فدخل فتجلببتُ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أتاني جبريل عليه السلام فقال: راجع حفصة، فإنها صوَّامة قوَّامة (كثيرة الصيام والصلاة)، وإنها زوجتك في الجنة) رواه الحاكم وحسنه الألباني. قال الكرماني: "ولما طلقها نزل عليه الوحي يقول راجِع حفصة فإنها صوامة قوامة". وقال الصنعاني: "(فإنها صوامة قوامة) كثيرة الصوم والقيام ومن كان بهذه الصفة فإنه يُرْغَب فيه لا يُرْغَب عنه (وإنها) عند الله وفي علمه (زوجتك في الجنة) فلا تفارقها". وقال المناوي: "(فإنها صوامة قوامة) بالتشديد أي دائمة القيام للصلاة (وإنها زوجتك في الجنة) وكذا جميع زوجاته"
"Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menceraikan Hafsah dengan satu talak. Kemudian, dua bapa saudaranya, iaitu Uthman dan Qudamah bin Maz’un, datang menemuinya. Hafsah berkata: “Demi Allah, Baginda tidak menceraikan aku kerana kekurangan.” Kemudian Rasulullah SAW datang dan masuk menemuinya. Aku (Hafsah) pun bersiap-siap memakai pakaian lengkap. Nabi SAW bersabda: “Jibril datang kepadaku dan berkata: Rujuklah Hafsah, kerana dia seorang yang banyak berpuasa dan mendirikan solat (qiyamullail), dan dia adalah isterimu di syurga." (Riwayat al-Hakim dan dinilai hasan oleh al-Albani)
Penjelasan
Kata al-Karmani:
ولما طلقها نزل عليه الوحي يقول راجِع حفصة فإنها صوامة قوامة
"Ketika Baginda menceraikan Hafsah, Jibril turun kepada baginda dengan memerintah: Rujuklah Hafsah, kerana dia seorang yang banyak berpuasa dan mendirikan solat malam."
Kata As-San’ani:
(فإنها صوامة قوامة) كثيرة الصوم والقيام ومن كان بهذه الصفة فإنه يُرْغَب فيه لا يُرْغَب عنه) وإنها( عند الله وفي علمه (زوجتك في الجنة) فلا تفارقها
"(Hafsah seorang yang banyak berpuasa dan solat malam), Di mana sesiapa yang memiliki sifat banyak berpuasa dan solat malam adalah sifat yang sangat mulia dan orang yang memiliki sifat ini layak untuk dirindui dan dihargai, bukan untuk dijauhi dan dibenci. (Sesungguhnya dia), iaitulah Hafsah di sisi Allah dan dalam ilmu-Nya adalah (isterimu di syurga), oleh itu, janganlah kamu menceraikannya."
Kata Al-Munawi:
(فإنها صوامة قوامة) بالتشديد أي دائمة القيام للصلاة (وإنها زوجتك في الجنة) وكذا جميع زوجاته
"(Sesungguhnya Hafsah seorang yang banyak berpuasa dan mendirikan solat malam) bermaksud beliau tekun dalam ibadah dan mendirikan solat secara konsisten. (Dia adalah isterimu di syurga), begitu juga dengan semua isteri Nabi SAW yang lain."
Pengajaran
Musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk menimbulkan keraguan mengenai Rasulullah SAW. Mereka bertujuan mencemarkan imej Islam dan mencela Baginda SAW. Antara tuduhan yang mereka lontarkan ialah bahawa Baginda SAW seorang yang sangat ghairah terhadap wanita, dengan alasan Baginda memiliki ramai isteri.
Hakikatnya, Rasulullah SAW bukanlah seorang yang bernafsu tinggi, tetapi seorang manusia biasa yang juga seorang nabi. Baginda berkahwin sebagaimana manusia lain berkahwin. Melalui fakta sejarah, menunjukkan Baginda hidup hingga usia 25 tahun dalam suasana jahiliah sebagai seorang yang kuat memelihara diri, tanpa terjebak dalam kerosakan moral di sekelilingnya.
Ibn Hisyam dalam As-Sirah An-Nabawiyyah menyebut:
فشبَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم والله تعالى يكلؤه ويحفظه، ويحوطه من أقذار الجاهلية، لما يريد به من كرامته ورسالته، حتى بلغ أنْ كان أفضل قومه مروءة، وأحسنهم خلقاً، وأكرمهم حسباً، وأحسنهم جواراً، وأعظمهم حلماً، وأصدقهم حديثاً، وأعظمهم أمانة، وأبعدهم من الفحش والأخلاق التي تدنس الرجال، حتى سمي في قومه الأمين ، لِما جمع الله فيه من الأمور الصالحة
“Rasulullah SAW dibesarkan dalam jaminan dan perlindungan Allah SWT, dipelihara dari kotoran jahiliah, kerana Allah mahu menjadikan baginda seorang orang mulia dan pembawa risalah-Nya. Sehingga baginda menjadi manusia paling mulia paling bermaruah, paling berakhlak, paling besar kesabarannya, paling jujur bicaranya, paling amanah, dan paling jauh daripada sifat keji dan akhlak kotor yang yang merendahkan manusia. Sehingga baginda digelar ‘Al-Amin’ oleh kaumnya kerana Allah menghimpunakan pada baginda sifat-sifat mulia tersebut.”
Rasulullah SAW menikahi Khadijah RA, yang hampir dua kali usianya. Baginda hidup bersama Khadijah sehinggalah Khadijah wafat pada usia 65 tahun, dan ketika itu Baginda menghampiri usia 50 tahun. Sepanjang tempoh itu, Baginda tidak pernah terfikir untuk menambah isteri lain, sedangkan perkahwinan berpoligami suatu yang biasa dalam masyarakat ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Baginda dengan ramai isteri bukanlah tujuan utamanya untuk memenuhi tuntutan nafsu, sekalipun perkara tersebut bukan sesuatu yang tercela, bahkan, nabi-nabi AS terdahulu juga berpoligami dan memiliki ramai isteri.
Ibn Hajar dalam Fath Al-Bari menyebut beberapa hikmah di sebalik Rasulullah SAW berkahwin dengan ramai isteri:
- Menangkis tuduhan musuh: Ramai isteri Baginda menyaksikan kehidupan peribadinya, yang menafikan dakwaan musyrikin bahawa Baginda seorang penyihir atau seumpamanya.
- Memuliakan kaum-kaum Arab: Melalui hubungan perkahwinan dengan kabilah-kabilah tertentu, Baginda mengeratkan hubungan dengan mereka.
- Mendekati dan menyatukan kaum: Hubungan perkahwinan ini menambah keharmonian dan kedekatan dengan pelbagai suku.
- Menguatkan sokongan: Melalui pertalian kekeluargaan, suku-suku kaum ini menjadi pendukung kuat dakwah Islam.
- Penyampaian hukum syariat: Banyak perkara berkaitan syariat yang hanya diketahui melalui isteri-isteri Baginda, khususnya hal-hal rumah tangga yang tersembunyi daripada pengetahuan umum dan orang lelaki yang lain.
- Mendedahkan akhlak Baginda yang sebenar: Isteri-isteri Baginda menjadi saksi utama kepada sifat-sifat terpuji yang dimiliki Baginda secara peribadi.
Isteri-isteri Rasulullah SAW telah memainkan peranan besar dalam menyampaikan sunnah Baginda kepada umat. Diriwayatkan bahawa para isteri Nabi meriwayatkan lebih daripada 3,000 hadis. Hafsah RA sendiri meriwayatkan 60 hadis, di mana empat daripadanya disepakati oleh Bukhari dan Muslim, sementara enam lagi hanya diriwayatkan oleh Muslim.
Selain itu, perkahwinan Rasulullah SAW dengan anak Umar bin Al-Khattab, Hafsah, selepas perkahwinan Baginda dengan anak Abu Bakar, Aisyah, menunjukkan hikmah Baginda dalam mengeratkan hubungan dengan tokoh besar dalam kalangan sahabat. Tambahan pula, perkahwinan puteri Baginda, Fatimah, dengan Ali bin Abi Talib, dan perkahwinan puteri Baginda yang lain, Ummu Kalthum, dengan Uthman selepas kematian Ruqayyah RA, menunjukkan usaha Baginda untuk memperkuat hubungan dengan para khalifah empat (Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali) yang telah banyak berkorban demi Islam dan umatnya.