Soalan:
Siapakah bapa saudara Nabi SAW?
Jawapan:
Bapa-bapa saudara Nabi SAW dari sebelah bapa baginda (الأعمام), berdasarkan kitab Sirah Ibn Hisham menyebut sembilan orang, iaitu:
- al-‘Abbās (العباس)
- Ḥamzah (حمزة)
- Abū Ṭālib (nama sebenarnya: ‘Abd Manāf) (أبو طالب واسمه عبد مناف)
- al-Zubayr (الزبير)
- al-Ḥārith (الحارث)
- Ḥajl (حَجْلاً)
- al-Muqawwim (المقوِّم)
- Ḍirār (وضرار
- Abū Lahab (nama sebenarnya: ‘Abd al-‘Uzzā) (أبو لهب واسمه عبد العزى)
Daripada kalangan mereka, hanya dua orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu Ḥamzah dan al-‘Abbās رضي الله عنهما.
Nabi SAW juga mempunyai enam orang emak saudara sebelah bapa baginda (العَمَّات), iaitu:
- Ṣafiyyah (صفية)
- Umm Ḥakīm al-Bayḍā’ (أم حكيم البيضاء)
- ‘Ātikah (عاتكة)
- Umaymah (أميمة)
- Arwā (أروى)
- Barrah (برة)
Ṣafiyyah رضي الله عنها memeluk Islam, manakala ‘Ātikah dan Arwā, para ulama berbeza pendapat mengenai keislaman mereka, dan sebahagian ulama mengesahkan bahawa Arwā memeluk Islam.
Dari sebelah ibu baginda, tidak terdapat dalam mana-mana riwayat dari kalangan ahli sirah atau selain mereka yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pernah bertemu dengan datuk atau nenek baginda sebelah ibu. Tidak juga terdapat kisah-kisah yang diriwayatkan berkenaan mereka dalam mana-mana fasa kehidupan baginda صلى الله عليه وسلم.
Adapun tentang bapa saudara sebelah ibu (الأخوال), sebahagian kitab sirah menyebut bahawa baginda SAW sempat bertemu dengan beberapa orang daripada mereka.
Dalam Syarḥ al-Zurqānī ‘alā al-Mawāhib al-Ladunniyyah bi al-Minaḥ al-Muḥammadiyyah (المواهب اللدنية بالمنح المحمدية), disebut:
"Penutup: Pengarang tidak menyebut tentang bapa saudara sebelah ibu Nabi. Ibn Shāhīn (ابن شاهين) meriwayatkan daripada ‘Ā’ishah bahawa al-Aswad bin Wahb (الأسود بن وهب), bapa saudara Nabi SAW, pernah datang meminta izin untuk masuk menemui baginda. Maka baginda bersabda: "يا خال ادخل!"، فدخل، فبسط له رداءه “Masuklah, wahai bapa saudaraku!” lalu baginda membentangkan rida’ baginda untuknya."
Dan dalam riwayat Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam, daripada ʿAbdullāh bin ʿAmr:
Nabi SAW berkata kepada bapa saudaranya al-Aswad bin Wahb:
ألا أعلمك كلمات من يرد الله به خيرا يعلمهن إياه، ثم لا ينسيه أبدا، قال: بلى يا رسول الله، قال: "قل:
“Mahukah engkau aku ajarkan beberapa kalimah yang akan diajarkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya kebaikan, kemudian Allah tidak akan menjadikan dia melupakannya selama-lamanya?” Al-Aswad menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي، وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَتِي، وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَتِي فَقَوِّنِي، وَإِنِّي ذَلِيْلٌ فَأَعِزَّنَِيْ وَإِنِّي فَقيْرٌ فَأَغْنِنِيْ يَا أرْحم الرَّاحِمِينَ
"Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam mencari keredhaan-Mu. Pimpinlah ubun-ubunku kepada kebaikan, pimpinlah ubun-ubunku kepada kebaikan dan kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku. Sesungguhnya aku ini fakir, maka kayakanlah aku, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala yang pengasih." (Diriwayatkan oleh al-Hakim dari hadis Buraidah dan al-Hakim berkata: “Sahihul Isnad”. Lihat Takhrij Ahadith al-Ihya’ oleh al-‘Iraqi)
Dan al-Kharā’iṭī (الخرائطي) pula meriwayatkan dengan sanad yang dhaif daripada ‘Umayr bin Wahb (عمير بن وهب), bapa saudara (خال) Nabi SAW, bahawa beliau datang menemui Nabi SAW, lalu baginda membentangkan kain untuknya sambil bersabda:
الخال والد
“Bapa saudara sebelah ibu itu laksana ayah.”
Ibn Hajar dalam al-Iṣābah menyebut:
وهذه القصة للأسود بن وهب، فلعلها وقعت له ولأخيه عمير
“Bahawa kisah ini berlaku kepada al-Aswad bin Wahb, maka kemungkinan ia juga berlaku kepada saudaranya, ‘Umayr.”
Antara bapa saudara sebelah ibu Nabi SAW yang lain ialah ‘Abd Yaghūth bin Wahb (عبد يغوث بن وهب), iaitu bapa kepada al-Aswad, dan beliau merupakan salah seorang daripada golongan yang memperolok-olokkan Nabi SAW.