Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam al-Musnad (41/481), beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Asim, daripada Husain bin ‘Abdurrahman, daripada ‘Umar bin Qais, daripada Muhammad bin al-Asy’ath, daripada ‘Aisyah, beliau berkata:
بَيْنَا أَنَا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ اسْتَأْذَنَ رَجُلٌ مِنَ الْيَهُودِ، فَأَذِنَ لَهُ، فَقَالَ: السَّامُ عَلَيْكَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (وَعَلَيْكَ)، قَالَتْ: فَهَمَمْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ، قَالَتْ: ثُمَّ دَخَلَ الثَّانِيَةَ، فَقَالَ مِثْلَ ذَلِكَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (وَعَلَيْكَ)، قَالَتْ: ثُمَّ دَخَلَ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: السَّامُ عَلَيْكَ، قَالَتْ: فَقُلْتُ: بَلِ السَّامُ عَلَيْكُمْ وَغَضَبُ اللهِ إِخْوَانَ الْقِرَدَةِ وَالْخَنَازِيرِ، أَتُحَيُّونَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا لَمْ يُحَيِّهِ بِهِ اللهُ؟ قَالَتْ: فَنَظَرَ إِلَيَّ، فَقَالَ: (مَهْ، إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلَا التَّفَحُّشَ، قَالُوا قَوْلًا، فَرَدَدْنَاهُ عَلَيْهِمْ، فَلَمْ يَضُرَّنَا شَيْءٌ، وَلَزِمَهُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِنَّهُمْ لَا يَحْسُدُونَا عَلَى شَيْءٍ كَمَا يَحْسُدُونَا عَلَى يَوْمِ الْجُمُعَةِ الَّتِي هَدَانَا اللهُ لَهَا وَضَلُّوا عَنْهَا، وَعَلَى الْقِبْلَةِ الَّتِي هَدَانَا اللهُ لَهَا وَضَلُّوا عَنْهَا، وَعَلَى قَوْلِنَا خَلْفَ الْإِمَامِ: آمِينَ
“Ketika aku berada di sisi Nabi ﷺ, datang seorang lelaki Yahudi meminta izin untuk masuk, maka Baginda pun mengizinkannya. Lalu dia berkata: ‘As-Sām (kematian) ke atasmu.” Maka Nabi ﷺ pun menjawab: “Dan ke atasmu juga.” ‘Aisyah berkata: “Lalu aku pun berniat untuk berbicara sesuatu.” Kemudian lelaki kedua masuk, dan dia berkata seperti itu, maka Nabi ﷺ menjawab: “Dan ke atasmu juga.” Kemudian lelaki ketiga masuk dan berkata: “As-Sām ‘alaika.’ (Kematian untukmu) Maka aku (Aisyah) terus menjawab: “Bahkan as-sām (kematian) ke atas kalian dan kemurkaan Allah, wahai saudara-saudara kera dan babi! Adakah kalian menyampaikan salam kepada Rasulullah ﷺ dengan sesuatu yang tidak disampaikan oleh Allah?” Maka Baginda menoleh kepadaku lalu bersabda: “Perlahanlah (wahai ‘Aisyah), sesungguhnya Allah tidak menyukai kekasaran dan ucapan keji. Mereka berkata satu perkataan, lalu kita pun membalasnya kepada mereka, maka hal itu tidak memberi mudarat kepada kita sedikit pun, dan tetaplah keburukan ke atas mereka sampai Hari Kiamat. Sesungguhnya mereka tidak mencemburui kita terhadap sesuatu sebagaimana mereka mencemburui kita terhadap hari Jumaat yang Allah telah tunjukkan kita kepadanya sedangkan mereka sesat darinya, dan terhadap kiblat yang Allah telah tunjukkan kita kepadanya sedangkan mereka sesat darinya, dan terhadap ucapan kita di belakang imam: Amin.”
Para penyemak al-Musnad berkata:
حديث صحيح، علي بن عاصم: وهو الواسطي، وإن كان ضعيفاً، قد توبع، ومحمد بن الأشعث بن قيس: روى عنه جمع، وذكره ابن حبان في "الثقات" وبقية رجاله ثقات " انتهى.
“Hadis ini sahih. ‘Ali bin ‘Asim, iaitu al-Wasiti, meskipun beliau dhaif, namun beliau disokong (mutaba‘ah), dan Muhammad bin al-Asy’ath bin Qais: ramai meriwayatkan daripadanya, dan Ibn Hibban menyebutnya dalam at-Tsiqat. Manakala perawi lainnya adalah thiqah (dipercayai).”
Hadis ini menunjukkan bahawa kaum Yahudi tidak diberi petunjuk kepada kebenaran dalam memuliakan hari Sabtu dan menghadap ke arah Baitul Maqdis sebagai kiblat. Tentang pemilihan hari Sabtu, mereka hanya dibiarkan dengan pilihan tersebut kerana kedegilan mereka dan perselisihan terhadap nabi-nabi mereka. Firman Allah Ta‘ala:
إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
“Sesungguhnya hari Sabtu hanya diwajibkan ke atas orang-orang yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu pasti akan menghukum antara mereka pada Hari Kiamat terhadap apa yang mereka perselisihkan.” (Surah an-Nahl: 124)
Diriwayatkan oleh al-Bukhari (876) dan Muslim (855) daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: (نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِي فُرِضَ عَلَيْهِمْ، فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ اليَهُودُ غَدًا، وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ
“Kita adalah umat yang terakhir, namun yang terdahulu pada Hari Kiamat. Walaupun mereka (Yahudi dan Nasrani) diberi kitab sebelum kita. Kemudian, hari ini (Jumaat) adalah hari yang diwajibkan ke atas mereka, tetapi mereka berselisih padanya. Maka Allah memberikan petunjuk kepada kita padanya. Maka manusia (umat lain) adalah pengikut kita dalam hal ini – Yahudi pada esok hari, dan Nasrani pada lusa.”
Para ulama menyatakan bahawa Allah Ta‘ala telah menunjukkan kepada mereka hari Jumaat, namun mereka menolak wahyu dengan akal mereka dan memilih hari Sabtu. Maka mereka dibiarkan memuliakan hari Sabtu dan mereka diharamkan daripada keutamaan hari Jumaat. Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah berkata:
... وقال النووي: يمكن أن يكونوا أمروا به صريحا، فاختلفوا هل يلزم تعينه أم يسوغ إبداله بيوم آخر؟ فاجتهدوا في ذلك فاخطؤوا. انتهى
“... Al-Nawawi berkata: Mungkin mereka telah diperintahkan secara jelas (untuk memuliakan hari Jumaat), lalu mereka berselisih sama ada ia wajib ditetapkan atau boleh diganti dengan hari lain. Maka mereka berijtihad dan tersalah.” Tamat.
Perkara ini disokong oleh riwayat at-Tabari dengan sanad sahih daripada Mujahid mengenai firman Allah Ta‘ala:
(إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ). قال: أرادوا الجمعة فاخطؤوا وأخذوا السبت مكانه. ويحتمل أن يراد بالاختلاف اختلاف اليهود والنصارى في ذلك، وقد روى ابن أبي حاتم من طريق أسباط بن نصر عن السدي التصريح بأنهم فرض عليهم يوم الجمعة بعينه فأبوا، ولفظه: ( إن الله فرض على اليهود الجمعة فأبوا وقالوا: يا موسى إن الله لم يخلق يوم السبت شيئا فاجعله لنا، فجعل عليهم ) ، وليس ذلك بعجيب من مخالفتهم، كما وقع لهم في قوله تعالى: ( وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ ) وغير ذلك، وكيف لا وهم القائلون ( سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا ) " انتهى من "فتح الباري" (2/355).
(Sesungguhnya hari Sabtu hanya dimuliakan ke atas orang-orang yang berselisih padanya). Beliau berkata: “Mereka menginginkan hari Jumaat, lalu mereka tersilap dan mengambil hari Sabtu sebagai gantinya. Mungkin juga yang dimaksudkan dengan ‘perselisihan’ ialah perselisihan antara Yahudi dan Nasrani tentang hal tersebut. Ibn Abi Hatim meriwayatkan melalui jalan Asbat bin Nasr daripada as-Suddi, menyatakan secara jelas bahawa hari Jumaat telah difardukan atas mereka secara khusus, namun mereka enggan. Lafaznya: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan Jumaat ke atas orang Yahudi, namun mereka enggan dan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu pada hari Sabtu, maka jadikanlah hari itu untuk kami. Maka dijadikan ke atas mereka (hari Sabtu untuk dimuliakan).” Itu tidaklah menghairankan atas sikap penolakan mereka, sebagaimana yang berlaku dalam firman Allah Ta‘ala: (Dan masukilah pintu itu sambil bersujud dan katakanlah: Hitthah), namun perkataan itu ditukar dengan selainnya. Dan bagaimana tidak, sedangkan mereka berkata: (Kami dengar dan kami derhaka).” Tamat daripada Fath al-Bari (2/355).
Ibn Kathir rahimahullah berkata:
إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. لا شك أن الله تعالى شرع في كل ملة يوما من الأسبوع، يجتمع الناس فيه للعبادة، فشرع تعالى لهذه الأمة يوم الجمعة؛ لأنه اليوم السادس الذي أكمل الله فيه الخليقة، واجتمعت الناس فيه وتمت النعمة على عباده. ويقال: إنه تعالى شرع ذلك لبني إسرائيل على لسان موسى، فعدلوا عنه واختاروا السبت؛ لأنه اليوم الذي لم يخلق فيه الرب شيئا من المخلوقات الذي كمل خلقها يوم الجمعة، فألزمهم تعالى به في شريعة التوراة، ووصاهم أن يتمسكوا به وأن يحافظوا عليه، مع أمره إياهم بمتابعة محمد صلى الله عليه وسلم إذا بعثه، وأخذه مواثيقهم وعهودهم على ذلك؛ ولهذا قال تعالى: ( إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ). قال مجاهد: اتبعوه وتركوا الجمعة. ثم إنهم لم يزالوا متمسكين به، حتى بعث الله عيسى ابن مريم، فيقال: إنه حولهم إلى يوم الأحد. ويقال إنه: لم يترك شريعة التوراة إلا ما نسخ من بعض أحكامها وإنه لم يزل محافظا على السبت حتى رفع، وإن النصارى بعده في زمن قسطنطين هم الذين تحولوا إلى يوم الأحد، مخالفة لليهود، وتحولوا إلى الصلاة شرقا عن الصخرة، والله أعلم. " انتهى من "تفسير ابن كثير" (4 / 612).
“(Sesungguhnya hari Sabtu hanya diwajibkan ke atas orang-orang yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu pasti akan menghukum antara mereka pada Hari Kiamat terhadap apa yang mereka perselisihkan.” Tidak diragukan bahawa Allah Ta‘ala telah mensyariatkan bagi setiap umat satu hari dalam seminggu untuk mereka berkumpul padanya untuk beribadah. Maka Allah telah mensyariatkan bagi umat ini hari Jumaat, kerana ia merupakan hari keenam di mana Allah telah menyempurnakan penciptaan makhluk-Nya, dan manusia berkumpul pada hari Jumaat serta nikmat disempurnakan atas hamba-hamba-Nya. Dikatakan juga: Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan hari Jumaat itu kepada Bani Israel melalui lisan Musa, tetapi mereka berpaling daripadanya dan memilih hari Sabtu, (mereka beralasan) kerana hari Sabtu merupakan hari yang Allah tidak menciptakan padanya sesuatu – kerana penciptaan telah disempurnakan pada hari Jumaat. Maka Allah mewajibkan hari Sabtu kepada mereka dalam syariat Taurat dan memerintahkan mereka untuk berpegang teguh padanya serta menjaganya. Bersamaan dengan itu, Allah juga memerintahkan mereka untuk mengikuti Nabi Muhammad ﷺ apabila dia diutuskan dan telah mengambil janji dan ikrar mereka atas hal itu. Oleh itu, firman Allah Ta‘ala: “(Sesungguhnya hari Sabtu hanya diwajibkan ke atas orang-orang yang berselisih padanya).” Mujahid berkata: Mereka mengikutinya dan meninggalkan hari Jumaat. Kemudian mereka terus berpegang dengannya, sehinggalah Allah mengutus ‘Isa bin Maryam. Dikatakan juga bahawa baginda mengalihkan mereka kepada hari Ahad. Dikatakan juga bahawa baginda tidak meninggalkan syariat Taurat kecuali apa yang telah dinasakh daripadanya, dan baginda tetap menjaga hari Sabtu sehingga beliau diangkat. Dan dikatakan bahawa orang-orang Nasrani selepas baginda, pada zaman Konstantin, merekalah yang mengubah ke hari Ahad untuk menyelisihi kaum Yahudi, dan mereka juga mengubah kepada bersembahyang menghadap ke timur dari arah batu (as-Sakhrah), dan Allah lebih mengetahui.” Tamat daripada Tafsir Ibn Kathir (4/612).