Tujuh Orang Pertama Yang Menzahirkan Keislaman Mereka

Tahun Hijrah: 9 sebelum Hijrah
Tahun Masihi: 613

Orang pertama menzahirkan keislaman mereka ada tujuh:

Rasulullah , Abu Bakar, ‘Ammār (عمَّارٌ), ibunya Sumayyah (سُميَّةُ), Shuhaib (صُهيبٌ), Bilāl (بلالٌ), dan al-Miqdād (المقدادُ).

Adapun Rasulullah , Allah melindungi baginda melalui bapa saudaranya Abu ālib. Abu Bakar pula dilindungi oleh kaumnya. Manakala yang lain, mereka ditangkap oleh kaum musyrikin, lalu mereka dipakaikan baju besi (أَدراعَ الحديدِ) dan dibakar di bawah terik matahari. Tiada seorang pun daripada mereka yang hidup selepas itu, melainkan berpura-pura menyetujui kehendak orang musyrik, kecuali Bilāl.

Bilal meremehkan dirinya demi Allah ‘Azza wa Jalla, dan kaumnya juga meremehkannya. Mereka menangkapnya lalu menyerahkannya kepada kanak-kanak, yang kemudian membawa Bilal mengelilingi lereng-lereng Mekah sambil Bilal berkata: “Ahad! Ahad! (Allah yang esa, Allah yang esa)”

Mereka mengikat tali di leher Bilal lalu menyerahkannya kepada budak-budak untuk dibuat main dengannya sehingga kesan tali itu kelihatan di lehernya. Bilal adalah hamba kepada keluarga Bani Jumāḥ (جُمَحٍ). Orang yang mengetuai penyeksaan terhadap Bilal ialah Umayyah bin Khalaf (أُميَّةُ بنُ خَلفٍ). Dia akan membawa Bilal keluar ke Terik matahari ketika panas terik tengah hari, lalu membaringkannya di atas batu-batu di padang Mekah, dan menyuruh meletakkan batu besar di atas dadanya.

Lalu dia berkata kepada Bilal:

لا تزالُ هكذا حتَّى تموتَ أو تكفرَ بمحمَّدٍ وتعبدَ اللَّاتَ والعُزَّي

“Kamu tidak akan dilepaskan kecuali kamu mati, atau kamu kufur kepada Muhammad dan kembali menyembah berhala al-Lāt dan al-‘Uzzā.”

Namun Bilal tetap berkata dalam seksaan dan penderitaan itu: “Ahad! Ahad!”

Seakan-akan semakin berat seksaannya, semakin bertambah imannya. Maka Abu Bakar merasa kasihan kepada Bilal. Lalu beliau membeli dan membebaskannya. Abu Bakar juga membebaskan enam orang lagi yang diseksa kerana keislaman mereka.


Cetak  
Wallahu a'lam