Pernah tidak dilaungkan azan & tiada solat berjemaah di Masjidil Haram, Mekah

Antaranya: 

Pada tahun 983H, malam Rabu 10 Jumada alUla (Jamadilakhir), berlaku banjir besar di Mekah. Air masuk ke dalam Masjidil Haram sehingga mencecah kunci pintu Kaabah. Tidak dilakukan lagi solat jemaah sebanyak tujuh waktu."
 
Pada hari Sabtu, selepas Zohor 7 Syaaban 1074H banjir besar telah memusnahkan bangunan-bangunan dan kediaman-kediaman. Paras airnya mencecah kunci pintu Kaabah. Berlaku kerugian harta yang banyak dan terkorban enam nyawa. Tidak dilaungkan azan di Masjidil Haram dan tiada solat jemaah selama lima waktu. Setelah itu alSyarif (Zaid bin Muhsin) mengeluarkan arahan dilakukan kerja-kerja pembersihan." (Tahsil alMaram fi Akhbar alBait alHaram 877 & 879)

Cetak  
Wallahu a'lam