Kenali Nabi Idris AS

Al-Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyebut Nabi Idris merupakan orang yang pertama menulis dengan menggunakan pena, yang pertama menjahit pakaian dan memakai pakaian yang berjahit. Yang pertama memerhatikan ilmu-ilmu bintang dan pergerakannya. Dinamakan Nabi Idris sebagai Idris kerana banyaknya baginda mempelajari kitab Allah. Lihat Tafsir al-Qurtubi. Ibn ‘Athur pula menyatakan Nabi Idris adalah datuk kepada bapa Nabi Nuh. Di dalam kitab Taurah dinamakan sebagai Akhnukh (أخنوخ). Nuh pula ialah anak kepada Lamik bin Mattausyalih bin Akhnukh ( لَامِكَ بْنِ مَتُّوشَالِحَ بْنِ أَخْنُوخَ). Maka barangkali namanya di sisi ahli nasab Arab ialah Idris. Atau al-Quran menamakannya sebagai Idris dari kata asalnya الدرس iaitulah belajar.


Cetak  
Wallahu a'lam