Cinta Sebenar Abu Salamah RA

Kata Ummu Salamah kepada suaminya Abu Salamah:

"Telah sampai kpdku bahawa tiada seorg perempuan yg kematian suaminya, suaminya itu pula dr kalangan ahli syurga, lalu perempuan itu tidak berkahwin lagi slps kematiannya, maka pasti Allah akan menghimpunkan mereka berdua di dlm syurga." Sambung Ummu Salamah:

"Mari wahai suamiku, mari kita berjanji bahawa kamu tidak akan berkahwin lagi slps kematianku, aku juga tidak akan berkahwin lagi slps kematianmu."

Jawab Abu Salamah kpd isterinya:

"Apakah kamu taat kpdku?" Jawab Ummu Salamah: "Ya."

Abu Salamah menyambung: "Jika aku yg meninggal terlebih dahulu, kamu berkahwinlah (dgn org lain)." Seterusnya Abu Salamah berdoa:

 اللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمَّ سَلَمَةَ بَعْدِي رَجُلًا خَيْرًا مِنِّي، لَا يُحْزِنُهَا وَلَا يُؤْذِيهَا

Maksudnya: "Ya Allah, rezekikanlah kpd isteriku Ummu Salamah slps kematianku seorg suami yg lebih baik drpdku, yang tidak mendatangkan kesedihan kpdnya dan tidak menyakitinya."

Cerita Ummu Salamah lagi: "Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata: "siapakah lelaki yg lebih baik dr Abu Salamah?"

Selang beberapa hari, tiba2 datang utusan Rasulullah SAW, berdiri di hadapan pintu, menyatakan pinangan baginda kpd Ummu Salamah melalui anak saudara atau anak Ummu Salamah. Kata Ummu Salamah: "Apakah aku perlu menolak pinangan Rasulullah atau aku bawa keluargaku (anak2ku) bersama baginda." Kemudian baginda datang pd keesokan harinya meminang." (Siyar A'lam alNubalaa' - Ummu Salamah Ummu alMukminin 2/203)


Cetak  
Wallahu a'lam