Bagaimana Sahabat Nabi SAW Menghadapi Taun 'Amawas

1. Melakukan kuarantin bagi menyekat penyebaran wabak. Tiada aktiviti keluar masuk kawasan yang dilanda wabak.

2. Bertawakkal kepada Allah, dalam masa yang sama berharap kepadaNya dan jauhi panik. Jika seseorang didapati positif setelah mengambil langkah-langkah keselamatan, dia terus mengharapkan pahala bersabar dengan ujian, maka untuknya pahala seperti mati syahid.

3. Dengan taqdir Allah Taun 'Amawas berjaya dibenteras melalui kepimpinan 'Amr bin al'Ash RA yang menggantikan tempat Abu 'Ubaidah dan Muaz bin Jabal RA yang turut terkorban kerana wabak taun. 'Amr bin al'Ash berkhutbah kepada orang ramai dengan berkata:

أيها الناس، إن هذا الوجع إذا وقع فإنما يشتعل اشتعال النار فتجبلوا منه في الجبال

Maksudnya: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya wabak ini bila berlaku, ia merebak seperti merebaknya api yang marak, maka pergilah ke gunung-gunung (kuarantin diri dan kurangkan percampuran)" (alMusnad oleh Imam Ahmad 2/328)


Cetak  
Wallahu a'lam