Kata Muhammad bin alFadhal alBazzaz: "Aku mendengar bapaku berkata: "Aku pernah melaksanakan haji bersama Ahmad bin Hanbal, kami tinggal di tempat yg sama. Apabila aku selesai menunaikan solat Subuh, aku berlegar di masjid (alHaram), lalu aku datang ke majlis Sufyan bin 'Uyainah. Aku berlegar ke majlis (di masjidil haram) satu persatu mencari Ahmad bin Hambal, sehinggalah aku mendapati Ahmad bin Hambal berada di sisi seorg pemuda Arab. Lalu aku bersesak sehingga aku dapat duduk di sisi Ahmad bin Hanbal dan berkata kpdnya:
"Wahai Abu Abdillah, kamu tinggalkan (majlis) Sufyan bin 'Uyainah? Di sisinya (ambil hadis drpdnya) alZuhri, Amr bin Dinar, Ziyad bin 'Alaqah dan ramai lagi tabi'un yg Allah sahaja yg mengetahuinya?" Kata Ahmad bin Hambal kpdku:
"Senyap, sesungguhnya jika kamu terlepas hadis dgn sanad yg 'ali, kamu akan perolehinya melalui sanad yg nazil, hal itu tidak memudharatkan agama dan akal kamu. Namun jika kamu terlepas akal pemuda ini, aku bimbang kamu tidak akan menjumpainya lagi sehinggalah hari kiamat. Aku tidak pernah melihat seseorg yg lebih faham ttg kitab Allah berbanding pemuda Quraisy ini." Aku bertanya: "Siapa pemuda ini?" Jawab Ahmad bin Hambal: "Muhammad bin Idris alSyafie."
alJarh wa alTa'dil 7/1130