Al-Imam alTirmizi meriwayatkan hadis daripada Ibn alAbbas RA yang berkata:
"Nabi SAW pernah brsabda: "Ketika Allah menenggelamkan Fir'aun, Fir'aun berkata: "Aku beriman bahawa tiada tuhan selain tuhan yang diimani oleh Bani Isra'il (pengikut Nabi Musa AS)." Kata Jibrail: "Wahai Muhammad, jika engkau melihat Aku pada hari itu, Aku mengambil tanah dari dasar laut, lalu aku sumbatkan ke dalam mulut Fir'aun, bimbang dia memperolehi Rahmat." Kata alTirmizi: "Hadis Ini Hasan." Kata alAlbani: "Sahih lighairih."
Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Hibban dengan lafaz: "Sesungguhnya Jibril telah menyumbat ke dalam mulut Fir'aun tanah dari dasar laut, bimbang dia akan menyebut: لا إله إلا الله." Isnadnya dinilai sahih oleh Ahmad Syakir.