Soalan:
Ustaz, dalam surah apa saya tak ingat dimana ALLAH memberi amaran pada syaitan akan mengeluarkannya dari syurga selepas ingkar untuk 'sujud' kepada Nabi Adam a.s
Tetapi dalam waktu yang sama syaitan telah mempengaruhi Nabi Adam dan Hawa untuk memakan buah terlarang.
Adakah kesempatan itu dilakukan oleh syaitan sebelum dia dihalau dari syurga?
Jawapan:
Iblis lakukan selepas dihalau dr syurga. Cuma perincian spt ini, sepatutnya kita tak perlu memikirkannya. Jika ia berfaedah sudah tentu Allah SWT atau Rasul SAW akan memperincikannya. Malangnya kisah2 perincian tersebut tidak dinyatakan sekalipun dr riwayat2 yg sahih.
alMughirah bin Syu'bah RA berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah membenci bg kamu bercakap perkara yg tidak berfaedah, banyak bertanya dan mensia2kan harta." (Bukhari 2408 dan Muslim 593)
Antara perkara yg tiada manfaat iaitulah memcari2 perincian kisah seumpama ini yg boleh membuka kpd pintu was-was iblis sptmana iblis telah berjaya mewas-waskan datuk dan nenek kita Nabi Adam dan Hawwa. Allah berfirman:
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Maka syaitan mencampakkan was2 ke dalam diri mereka berdua (Adam dan Hawwa) agar menampakkan aurat mereka berdua, dan syaitan berkata: tuhan kamu berdua hanya menghalang kamu berdua mendekati pohon ini agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi org yg kekal di dlm syurga." (alA'raf: 20)
Dlm ayat lain Allah SWT berfirman:
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ
Maksudnya: "Kemudian syaitan membisikkan (pikiran jahat) kepadanya, dengan berkata, “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon keabadian (khuldi) dan kerajaan yang tidak akan binasa?” (TaHa: 120)
Berdasarkan zahir dua ayat ini juga menunjukkan kpd kita was2 yg dicampakkan kpd Adam dan Hawwa adlh dlm bentuk perbualan dua arah spt yg dinyatakan oleh majoriti ulama tafsir, antaranya alImam alQurtubi RH di dlm alJami' Li Ahkam alQuran 1/312 dgn katanya: Telah berkata Ibn Mas'ud dan Ibn 'Abbas demikian juga majoriti ulama, syaitan memperdaya mereka berdua secara bersemuka, dalilnya ialah firman Allah:
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ
Maksudnya: Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya, “Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu,” (al-A'raf: 21)
Percakapan saling bersumpah secara zahirnya adalah alMusyafahah (bersemuka)
Cumanya keadaan zahir yg dpt difahami dr ayat tidak menerangkan bagaimana Iblis masih dpt berbicara dgn adam dan Hawwa. Sedangkan ia telah dilaknat. Apakah dlm bentuk asalnya? Atau dgn penyerupaan? Apakah dia masuk ke dlm syurga secara hakikat atau tidak?
Utk mengetahui semua ini, ia memerlukan ilmu. Masalahnya sumber kukuh utk memperolehi ilmu ttg perincian perkara ini TIDAK ADA. yg ada hanyalah riwayat yg didakwa dr sebahagian sahabat dan tabi'ien. alImam Ibn Jarir alTobari spt cenderong kpd riwayat tersebut yg sbnarnya ia berasal dr perkataan Wahb bin Munabbih yg diambil dr ahli kitab Yahudi dan kristian yg menyatakan bahawa ketikamana iblis cuba menggoda Adam dan Hawwa, dia masuk ke dlm perut ular. Pada ketika itu ular memiliki 4 kaki. Apabila ular masuk ke dlm syurga lalu keluarlah iblis dr perut ular tersebut. Para malaikat tidak menyedari perkara tersebut. Lalu iblis menggoda Adam dan Hawwa AS.
Ada juga riwayat yg kononnya iblis menawarkan haiwan syurgabsiapakah yg dspat membawanya masuk ke syurga sehingga dpt menggoda Nabi adam dan Hawwa AS. semua haiwan enggan melainkan ular stlh iblis berkata kpdnya: Aku akan menghalang engkau dr anak adam jika engkau membawa aku masuk ke syurga. Lalu ular bersetuju dan meletakkan iblis di antara dua taringnya sehinggga iblis berjaya menghasut Nabi Adam dan Hawwa dr dlm mulut ular.
Ada juga riwayat yg kononnya ular dahulu adalah khadam kpd nabi Adam di dlm syurga. Akan tetapi dia tleh berbuat khianat dgn menempatkan musuh Allah, iblis di dlm mulutnya sehingga berjaya menghasut Nabi Adam. Dia telah menzahirkan permusuhannya dgn nabi Adam. Apabila nabi Adam ditunkan ke dunia maka lbh jelaslah permusuhan itu. Dikatakan kpdnya: kamu adalah musuh anak adam dan mereka adalah musuhmu. Kisah2 spt ini ada di dlm kitab tafsir antaranya dlm Tafsir 'Abd alRazzaq, alTabari, Ibn 'Atiyyah, alQurtubi dan Ibn Kathir. Namun semuankita ini bersumberkan israiliyyat dan tidak Sahih.
Kata alSyeikh Muhammad Amin alSyanqiti RH di dlm tafsirnya Adhwa' alBayan:
"dan para ulama tafsir menyebut ttg nabi Adam dan Hawwa berkaitan kisah ular. Bahawa iblis masuk ke dlm perut ular tersebut dan membawanya masuk ke dlm syurga (stlh iblis dilaknat dan dikeluarkan dr syurga), sedang para malaikat tidak menyedarinya. Semua kisah ini adlh dr kisah Israiliyyat (bersumberkan Yahudi dan Kristian). Sedang realitinya tak ada masalah dlm memahami kisah godaan iblis terhadap Nabi Adam dan Hawwa krn boleh jadi shj iblis menggoda mereka diri luar syurga dan hampir dgn salah satu penjuru syurga. Dimana Adam dapat mendengar suaranya sekalipun baginda berada di dlm syurga. Boleh jadi juga Allah yg memasukkan iblis ke dlm syurga sbg ujian kpd Adam dan Hawwa, bukan krn kemuliaan iblis..."