Hati-hati dari tergolong dalam martabat pertengahan!

Kata alImam alSyaukani RH ketika memperkenalkan 'Ali bin Qasim:

"Antara ucapan menarik yang aku dengar daripada beliau ialah:

"Manusia di atas tiga martabat: 1. Martabat tertinggi iaitulah ulama yang alim. Mereka kenal antara kebenaran dan kebatilan. Sekalipun mereka berbeza pandangan, ia tidak menghasilkan fitnah, kerana mereka saling tahu alasan sesama mereka. 2. Martabat terendah iaitulah kebanyakan manusia yang berada di atas fitrah. Mereka tidak lari dari kebenaran, mereka adalah pengikut kepada orang yang mereka ikuti. Jika yang diikuti itu di atas kebenaran, maka mereka sama sepertinya (dalam kebenaran). Jika yang diikuti itu di atas kebatilan, maka mereka juga sepertinya (berada dalam kebatilan). 3. Martabat pertengahan, iaitulah mereka yang menjadi punca keburukan dan asas terbitnya fitnah dalam agama. Mereka ialah orang-orang yang tidak mendalami ilmu sehingga menjadikan mereka berada dalam martabat pertama (sebaris dengan para ulama), mereka pula tidak tergolong dalam martabat terbawah. Mereka ini jika mendapati seseorang yang berada dalam martabat pertama (ulama) menyatakan sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, lagi menyalahi keyakinan mereka yang terhad itu, maka mereka akan halakan serangan dan segala penisbahan yang keji kepadanya. Mereka ini akan merubah keadaan fitrah yang ada pada golongan yang berada pada martabat terendah dari menerima kebenaran dengan menyembunyikan kebatilan. Demikianlah berlakunya fitnah dalam agama."

Inilah perkataan beliau yang aku dengar daripadanya. Sesungguhnya beliau telah mengucapkan perkataan yang benar. Jika seseorg memerhatikannya, pasti dia akan mendapati perkataan ini benar." (alImam alSyaukani, alBadr alToli' 1/323)


Cetak  
Wallahu a'lam