Melakukan maksiat selepas maksiat adalah satu bentuk hukuman dan balasan dari Allah kepada ahli maksiat. Oleh itu jangan merasakan ahli maksiat dibiar begitu sahaja dengan badan yang sihat dan harta yang selamat.
Inilah dia hukuman dan balasan maknawi dari Allah SWT. Mungkin sahaja seorang ahli maksiat berkata dengan angkuh: "berapa banyak maksiat yang dah aku lakukan. Tak adapun balasan buruk yang aku terima."
Dijawab kepadanya: "Kamu sedang dan terus dihukum, tetapi kamu tidak menyedarinya. Bukankah Allah telah haramkan kepadamu dari merasai kelazatan bermunajat kepadanya? Itulah hukuman dan balasan segera untukmu."